Isnin, 15 Ogos 2011

Spanish Supercopa

dalam perlawanan pertama spanish supercopa, barcelona dan real madrid berkongsi empat gol apabila kedua2 pasukan hanya mampu seri 2-2 dalam perlawanan yang berlangsung di santiago bernabeu. barcelona dan real madrid yang dibarisi pemain2 bintang dunia akan bertemu semula pada hari rabu ini untuk perlawanan kedua di nou camp.

gol2 barcelona dijaringkan oleh dua penyerang berbisanya iaitu david villa dan leo messi manakala real madrid memperoleh gol menerusi mesut ozil dan xabi alonso. real madrid terlebih dahulu mendahului barcelona apabila ozil menyumbat gol pertama perlawanan sebelum disamakan kedudukan oleh villa. kemudian, barcelona mendapat gol kedua hasil jaringan messi. separuh masa tamat dengan kelebihan buat barcelona yang mendahului real madrid dengan 2-1.

real madrid berjaya menyamakan kedudukan menjadi 2-2 apabila alonso menjaringkan gol penyamaan. perlawanan seterusnya menjadi semakin hangat dengan kedua2 pasukan buntu mencari gol kemenangan. yang pasti, perlawanan kedua nanti akan menyajikan aksi yang lebih panas dari kedua2 seteru utama dalam liga sepanyol ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan