Isnin, 22 Ogos 2011

Arsenal, Spurs, WBA, Inter Milan, etc.....

1. arsenal berhadapan masalah untuk menguatkan pasukan apabila rennes dikatakan telah menolak tawaran arsenal bernilai 20 juta euro untuk membeli pemain tengah, yann m'vila. pemain berusia 21 tahun itu bukan sahaja disasarkan oleh arsenal, malah beberapa kelab lain turut berminat terhadapnya seperti inter milan dan real madrid.

2. spurs telah mencapai persetujuan dengan real madrid untuk pembelian pemain tengah, lassana diarra dalam tawaran sekitar 10 juta pound. diarra bersetuju untuk menerima 100 ribu pound seminggu tetapi tidak dapat beraksi untuk spurs menentang MU. diarra dijangkakan akan bertemu semula emmanuel adebayor apabila kedua2 mereka menyertai spurs.

3. arsenal mengalami masalah kecederaan di kalangan pemain yang teruk di awal musim. setelah kehilangan cesc fabregas dan gael clichy, arsenal turut berkemungkinan besar akan turut kehilangan samir nasri yang dijangkakan menyertai man city dalam sedikit masa lagi. berikut merupakan senarai kecederaan arsenal:



4. valencia mengesahkan pemain tengahnya, juan mata akan menyertai chelsea selepas kedua2 kelab telah mencapai persetujuan. chelsea dikhabarkan telah menawarkan 26 juta pound untuk mendapatkan mata dan pemain berusia 23 akan terbang ke london untuk menjalani pemeriksaan kesihatan dan fizikal sebelum melengkapkan perpindahannya ke chelsea.

5. dalam buku terbarunya 'RED', bekas kapten MU, gary neville menyatakan bahawa skuad england menghadapi masalah perjudian yang teruk di kalangan pemain. selain itu neville juga menyatakan bekas pengurus england, kevin keegan pernah tertidur ketika mesyuarat pasukan diadakan sementara glenn hoddle mengamal 'ritual' pelik apabila beliau akan menyentuh dada setiap pemain sebelum perlawanan bermula.

6. pengurus man city, roberto mancini telah memberikan amaran kepada pemain tengah arsenal, samir nasri bahawa perpindahannya ke man city tidak akan tercapai sekiranya nasri beraksi untuk arsenal bagi perlawanan timbal balik play-off UCL awal pagi khamis ini. walaupun telah mencapai persetujuan dengan tawaran 22 juta pound, penangguhan perpindahan nasri ke man city adalah berpunca daripada pembayaran yuran kepada agen.

7. pemain tengah spurs, luka modric diberitakan melancarkan mogok setelah spurs dilihat cuba menghalangnya dari menyertai chelsea. modric memutuskan bahawa beliau tidak akan beraksi untuk spurs menentang MU memandangkan beliau tidak menyertai rombongan pemain. walaubagaimanapun, pengurus spurs, harry redknapp berkata modric tidak dapat bermain kerana mengalami sedikit kecederaan.

8. bekas penyerang inter milan, samuel eto'o bakal menjadi pemain yang menerima bayaran gaji termahal di dunia apabila melengkapkan perpindahannya ke kelab rusia, anzhi makhachkala. eto'o dikatakan dibayar 54 juta pound untuk kontrak selama tiga tahun. hasil penjualan eto'o akan digunakan oleh inter milan untuk mendapatkan sama ada diego forlan atau carlos tevez.

9. WBA sedang menghampiri untuk mendapatkan bekas pemain tengah MU, owen hargreaves selepas berpuas hati dengan tahap kecergasannya. hargreaves dikatakan telahpun menerima tawaran WBA dan sedang menimbangkan tawaran tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan