Rabu, 3 Ogos 2011

Berita pagi ni

1. fullback newcastle united, jose enrique sedang menghampiri perpindahan bernilai 8 juta pound ke liverpool. enrique, 25, ingin berhijrah keluar setelah memberikan komen pedas terhadap pemilik newcastle united. enrique bakal menjadi pemain kedua keluar dari newcastle united selepas joey barton.

2. spurs telah mengemukakan pakej tawaran 10 juta pound beserta pemain kepada blackburn rovers untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan, chris samba. selain spurs, everton dan arsenal turut mempunyai minat terhadap samba. 

3. kelab perancis, paris st germain (PSG) diberitakan telah mengalahkan chelsea dan man city dalam saingan merebut playmaker palermo, javier pastore. pastore bakal ke PSG menyertai beberapa pemain baru seperti jeremy menez, blaise matuidi dan milan bisevac setelah PSG membelanjakan wang yang besar untuk memperkuatkan pasukan memandangkan PSG mempunyai modal yang banyak daripada pemiliknya, Qatar Investment Authority.

4. pemain chelsea, yuri zhirkov diberitakan akan menyertai kelab rusia, anzhi makhachkala selepas gagal memberikan impak dalam BPL sejak perpindahan 18 juta pound ke chelsea.

5. penyerang real madrid, cristiano ronaldo meminta kelabnya agar tidak membuang duit dengan membelanjakan 12.5 juta pound untuk membeli emmanuel adebayor dari man city. ronaldo berkata sedemikian memandangkan real madrid sudah mempunyai penyerang yang ramai terutamanya selepas real madrid telah membeli penyerang muda sepanyol, jose maria callejon dengan harga 4.5 juta pound.

6. pemain sayap MU, antonio valencia yang sebelum ini mengalami kecederaan buku lali telah kembali menjalani latihan baru2 ini. valencia yang baru sahaja menandatangani kontrak barunya, telah mengambil bahagian dalam latihan ringan di bawah seliaan fisiologi MU memberikan khabar gembira buat SAF kerana valencia kini berpeluang beraksi pada awal musim depan. selain valencia, MU bakal menerima kembali khidmat pemain tengah, darren fletcher yang kini sudah pulih dari kecederaan.

7. kelab liga kejuaraan, cardiff city terpaksa bersaing dengan kelab scotland, celtic bagi mendapatkan penyerang man city, craig bellamy. penyerang berusia 32 tahun itu telah beraksi untuk cardiff city secara pinjaman pada musim lepas.

8. pengurus stoke city, tony pulis sedang berusaha untuk mendapatkan pemain tengah spurs, wilson palacios dengan yuran perpindahan 10 juta pound. palacios bukan lagi pilihan utama dalam kesebelasan utama spurs perlu menerima potongan gaji sekiranya ingin menerima tawaran stoke city.

9. pemain MU, ji-sung park dijangkakan akan menandatangani kontrak baru pada awal musim hadapan. JSP bakal menerima kontrak baru untuk terus kekal di MU dan mungkin sehingga persaraan JSP dari arena bola sepak.

10. maestro MU, paul scholes telah memberikan sokongan dan lampu hijau kepada pemain tengah inter milan, wesley sneijder untuk menggantikannya sebagai playmaker MU. scholes menganggap sneijder mempunyai kemahiran dan potensi yang secukupnya untuk beraksi cemerlang bersama MU.

11. MU telah terlibat dalam perlawanan persahabatan bagi kebajikan kanak2 di perancis. namun pasukan MU tersebut bukanlah skuad utama kerana telah dibarisi oleh bekas penjaga gol MU, fabien barthez, pemain muda MU dan beberapa pemain dari perancis. dalam perlawanan tersebut, MU telah tewas 2-8 di mana dua gol MU disumbangkan oleh danny welbeck dan tom cleverly.

12. chelsea dikatakan berminat untuk membeli penyerang ac milan, alexander pato dengan pakej tawaran 30 juta pound beserta pemain. ini adalah kerana pato dilihat calon terbaik untuk bergandingan dengan fernando torres di bahagian serangan chelsea.

13. man city dikhabarkan sedang berusaha untuk membuat pertukaran pemain dengan spurs bagi mendapatkan pemain sayap, aaron lennon. lennon bakal ditukarkan dengan penyerang man city, emmanuel adebayor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan