Rabu, 17 Ogos 2011

Berita 17 Ramadhan - part II

1. penyerang arsenal, carlos vela akan menyarung jersi real sociedad musim ini apabila dipinjamkan untuk satu musim. vela sebelum ini pernah dipinjamkan ke WBA pada musim lepas turut mempunyai pengalaman beraksi dalam liga sepanyol.

2. wigan dijangkakan akan meningkatkan tawaran menjadi 8 juta pound untuk mendapatkan penyerang WBA, peter odemwingie. penyerang berusia 30 tahun ingin keluar dari WBA bagi memperoleh gaji yang lebih tinggi menjaringkan 15 dalam saingan BPL musim lepas. selain wigan, spurs turut berminat untuk mendapatkan odemwingie.

3. pemain sayap man city, shaun wright phillip sedang berada dalam perbincangan untuk menyertai bolton wanderers. walaubagaimanapun, SWP perlu menerima gaji yang lebih kurang kerana bolton tidak bercadang untuk memecahkan siling gaji pemainnya.

4. bekas pemain muda leeds united, fabian delph kini berpeluang untuk membuktikan kemampuannya apabila pengurus aston villa. alex mcleish bersedia untuk memberikan peluang kepada delph untuk beraksi dengan lebih kerap pada musim ini. delph yang sebelum ini pernah menjadi pemain muda rebutan gagal menyinar di aston villa setelah menghadapi masalah kecederaan dan tidak menunjukkan prestasi yang baik.

5. selepas tawaran 6 juta pound ditolak oleh chelsea, juventus kini telah kembali mengemukakan tawaran sebanyak 8 juta pound untuk mendapatkan pemain pertahanan chelsea, alex. tawaran tersebut berupa kontrak pinjaman untuk satu musim dan pilihan untuk membeli alex dengan harga 8 juta pound di hujung musim.

6. pemilik MU, keluarga glazer dikatakan sedang berusaha untuk menjual saham pemilikan MU apabila meletakkan saham dalam pasaran saham singapura. dikhabarkan nilai saham MU adalah sekitar 1.2 billion pound. 

7. lagenda MU, sir bobby charlton telah memberikan amaran kepada penjaga gol baru MU, david de gea untuk menunjukkan keyakinan yang tinggi dan prestasi yang baik supaya tidak diketepikan oleh SAF dari membarisi skuad utama MU. de gea kini menerima kritikan apabila melakukan kesilapan mudah melepaskan gol dalam dua perlawanan.

8. penyerang chelsea, nicholas anelka dikhabarkan ingin keluar dari chelsea apabila mendapati dirinya tidak berada dalam perancangan pengurus chelsea, AVB. anelka diketepikan dari kesebelasan utama kerana AVB lebih berminat untuk menggunakan torres atau drogba sebagai penyerang. tambahan pula, chelsea akan mempunyai seorang penyerang baru, romelu lukaku di samping solomon kalou dan daniel sturridge.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan