Rabu, 17 Ogos 2011

Berita 17 Ramadhan - part I

1. pemain tengah inter milan, wesley sneijder dikatakan telah bersedia untuk mengurangkan permintaan gajinya bagi memastikan perpindahannya ke MU menjadi kenyataan. sebelum ini, MU dan inter milan telah mencapai persetujuan untuk pembelian sneijder bernilai 35 juta pound tetapi gagal menyempurnakannya apabila sneijder tidak bersetuju dengan tawaran kontrak MU.

2. penyerang arsenal, robin van persie diangkat sebagai kapten pasukan yang baru selepas mengambil alih tugas tersebut daripada cesc fabregas yang kembali menyertai kelab asalnya, barcelona. 

3. galatasaray telah mendapatkan pemain utiliti arsenal, emmanuel eboue selepas pemain tersebut bersetuju untuk menandatangani kontrak selama empat tahun. eboue yang menyertai arsenal pada tahun 2005 berhijrah ke kelab turki selepas gagal menjadi pemain utama arsenal.

4. pada hari ini dijangkakan penyerang muda anderlecht, romelu lukaku akan melengkapkan perpindahannya ke chelsea. lukaku dikatakan dibeli pada harga 18 juta pound telahpun menjalani latihan bersama skuad chelsea di bawah kendalian AVB.

5. man city akan menolak tawaran daripada aston villa untuk meminjam dua pemainnya iaitu james milner dan adam johnson. ini adalah kerana pengurus man city, roberto mancini menyatakan kedua2 mereka bakal memberikan sumbangan yang baik pada musim ini memandangkan man city akan bersaing dalam UCL.

6. penyerang lagenda sepanyol, raul telah menolak tawaran daripada blackburn rovers walaupun blackburn telah bersedia untuk membelanjakan 3 juta pound untuk membelinya. penyerang schalke itu ingin terus kekal beraksi di jerman walaupun bekas rakan sepasukannya, michel salgado yang kini bermain untuk blackburn memujuknya.

7. arsenal berjaya mencatatkan kemenangan ketika bertemu kelab itali, udinese dengan keputusan 1-0  dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan UCL musim ini. gol tunggal arsenal dijaringkan oleh theo walcott seawal minit ke4. walaubagaimanapun, arsenal bakal berhadapan tugas berat kerana hanya membawa bekalan satu gol untuk perlawanan kedua yang akan berlangsung di itali. selain itu, arsenal turut menghadapi masalah kecederaan pemain2 utama yang mungkin merencatkan peluang untuk layak ke UCL musim ini.

8. pemain tengah arsenal, samir nasri diberitakan kurang puas hati dengan kritikan dan kutukan yang dilontarkan oleh peminat2 arsenal terhadap dirinya ketika dalam perlawanan sulung BPL hujung minggu lalu. nasri kini berharap dapat berhijrah keluar dari arsenal secepat mungkin dan telahpun mensasarkan man city sebagai destinasi terbarunya.

9. pendatang baru BPL musim ini, norwich city telah mendapatkan pemain pertahanan liverpool, daniel ayala. ayala sebelum ini dipinjamkan ke hull city dan derby county gagal menyinar di liverpool walaupun telah berada di anfield selama hampir empat musim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan