Jumaat, 12 Ogos 2011

Berita sebelum solat Jumaat

1. man city dan arsenal telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan tentang pembelian pemain tengah arsenal, samir nasri. arsenal kini dalam situasi kehilangan dua pemain utama iaitu nasri dan fabregas setelah kedua2 mereka berhasrat untuk berhijrah keluar dari emirates.

2. penyerang wolfsburg, sanli tuncay telah kembali semula ke BPL apabila menyarung jersi bolton wanderers pada musim baru ini secara pinjaman untuk satu musim. walaubagaimanapun, tuncay terpaksa mengurangkan gajinya memandangkan bolton tidak mampu untuk membayar gaji sepenuhnya.

3. pemain tengah chelsea, yossi benayoun yang sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke spurs, telah dikehendaki oleh as roma. kelab itali itu berminat untuk mendapatkan benayoun selepas pengurus baru chelsea, AVB memutuskan untuk menjual benayoun.

4. blackburn rovers telah berjaya mendapatkan penyerang muda scotland, david goodwillie yang telah dilabel sebagai 'young wayne rooney'. goodwillie dibeli dari dundee united dengan harga 2.8 juta pound selepas menolak tawaran daripada kelab gergasi scotland, rangers.

5. leftback newcastle united, jose enrique bakal menjadi pemain kelima menyertai liverpool musim panas ini apabila akan melengkapkan perpindahannya bernilai 6 juta pound. liverpool mendapatkan enrique setelah sasaran asal iaitu gael clichy memilih untuk menyertai man city.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan