Selasa, 2 Ogos 2011

Berita bola sepak

1. pemain sayap MU, antonio valencia telah menandatangani kontrak baru bersama MU dengan tawaran gaji 90 ribu pound seminggu selama empat tahun. kontrak tersebut ditawarkan oleh MU kerana valencia merupakan antara watak penting dalam usaha MU menjulang kejuaraan BPL musim lepas.

2. penyerang MU, dimitar berbatov dikatakan telah disasarkan oleh kelab perancis, paris st. germain (PSG) dengan melibatkan yuran perpindahan 18 juta pound. untuk musim depan, PSG telah membuat pembelian besar2an sebagai persediaan untuk memperkuatkan pasukan. selain berbatov, PSG juga turut berminat untuk mendapatkan pemain tengah palermo, javier pastore dengan harga 35 juta pound.

3. inter milan diberitakan telah menerima tawaran MU bernilai 30 juta pound yang dikemukakan pada minggu lepas untuk membeli wesley sneijder. dengan ini, sneijder kini telah diberikan lampu hijau oleh kelabnya untuk berbincang tentang kontrak dengan wakil MU dan berkemungkinan akan menyertai MU dalam minggu ini juga.

4. liverpool mencatatkan keputusan seri 3-3 dengan kelab norway, valerenga dalam perlawanan persahabatan. andy carroll dan daniel agger menjaringkan tiga gol buat liverpool dalam perlawanan tersebut.

5. penyerang kontroversi man city, mario balotelli baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak gembira tinggal di bandar manchester. ini adalah kerana balotelli dikatakan merindui keluarga dan rakan2nya.

6. man city diberitakan telah bersedia untuk membuat tawaran 22 juta pound kepada arsenal dalam masa 48 jam untuk mendapatkan samir nasri. tawaran tersebut dikatakan tawaran terakhir daripada man city kepada arsenal di mana nasri bakal ditawarkan kontrak 125 ribu pound seminggu.

7. pengurus spurs, harry redknapp terlepas peluang untuk mendapatkan penyerang villareal, giuseppe rossi setelah kelab sepanyol tersebut telah menarik balik idea untuk menjual rossi. sebelum ini, villareal ingin melepaskan rossi kerana menghadapi masalah kewangan. namun, selepas menjual pemain tengah mereka, santi cazorla kepada malaga, villareal kini tidak perlu untuk menjual rossi.

8. arsenal dan aston villa berminat untuk mendapatkan pemain tengah newcastle united, joey barton memandangkan pemain tersebut hanya mempunyai kontrak untuk satu musim lagi. tambahan pula, barton diberitakan telah menimbulkan ketegangan dengan pengurus dan pemilik newcastle united.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan