Ahad, 7 Ogos 2011

Preview: Community Shield

MU akan menentang man city bagi perlawanan pembukaan BPL musim ini dalam aksi merebut perisai komuniti yang akan berlangsung pada jam 9.30 malam dalam saluran Astro Starsport (813). perlawanan malam ini bakal menjadi tumpuan memandangkan dua kelab seteru setempat akan menentang antara satu sama lain tatkala MU selaku juara BPL musim lepas manakala man city merupakan pemenang piala FA.perlawanan malam ini pasti menyajikan aksi menarik kerana kedua2 pasukan akan cuba mengelakkan kekalahan bagi membuktikan kehebatan masing2.

MU bakal turun tanpa kelibat beberapa pemain utama akibat masalah kecederaan. antara pemain yang terlepas untuk beraksi malam ini adalah chicharito dan michael carrick. namun, berita yang menggembirakan adalah kehadiran semula pemain sayap, antonio valencia yang kini pulih dari kecederaan dan kemungkinan akan dapat diturunkan dalam kesebelasan utama. selain masalah kecederaan yang menimpa, MU juga telah kehilangan VDS, neville dan scholes yang telahpun bersara. jadi, SAF memerlukan pemain yang mampu untuk menggantikan ketiga2 pemain tersebut terutamanya scholes di bahagian tengah.

sejak kebelakangan ini, oleh kerana telah memberikan aksi yang bagus, aku merasakan sudah tiba untuk memberikan peluang beraksi secara 'week in, week out' kepada anderson. mungkin anderson bersedia untuk menggalas tugas berat menjadi nadi di bahagian tengah MU sekiranya tiada sebarang pemain baru seperti wesley sneijder menyertai MU pada musim ini. tidak dinafikan, anderson mempunyai potensi dan bakat untuk lebih menyinar jika beliau memperoleh kepercayaan yang sepenuhnya daripada SAF.

di samping itu, kehadiran tiga pemain baru iaitu david de gea, ashley young dan phil jones bakal menguatkan lagi pasukan MU pada musim ini. walaubagaimanapun, para peminat MU seharusnya memberikan masa kepada ketiga2 pemain bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri sebelum memberikan sumbangan bermakna kepada pasukan. 

pada perlawanan malam nanti, aku menjangkakan SAF akan menerapkan formasi 4-4-2 dengan membariskan kesebelasan utama seperti berikut:

de gea

rafael - ferdinand - vidic - evra

valencia - anderson - fletcher - nani

rooney - berbatov

diberitakan young akan bermula dari bangku pemain simpanan. mungkin kemasukan young dan jones akan membolehkan MU berubah formasi menjadi 4-2-3-1. prediction aku untuk malam ini adalah MU mencatatkan kemenangan 3-1 menerusi rooney, young dan berbatov.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan