Selasa, 16 Ogos 2011

Macam-macam berita

1. chelsea akan cuba mendapatkan pemain tengah, luka modric apabila akan menawarkan 30 juta pound kepada spurs. pakej tawaran lain yang akan dikemukakan oleh chelsea adalah 27 juta pound beserta yossi benayoun kerana spurs meletakkan harga 27 juta pound ke atas modric.

2. penjaga gol MU, anders lindegaard bersedia untuk merebut tempat sebagai penjaga gol utama MU memandangkan ketika ini penjaga gol baru MU, david de gea telah melakukan kesilapan melepaskan gol dalam dua perlawanan yang disertainya.

3. pengurus aston villa, alex mcleish berharap penjaga golnya, shay given dapat cergas sepenuhnya sebelum aksi hujung minggu ini menentang blackburn rovers selepas given mengalami sedikit kecederaan ketika aston villa bertemu fulham dalam perlawanan BPL baru2 ini.

4. bekas penyerang spurs, robbie keane akan beraksi bersama david beckham apabila melengkapkan perpindahannya dari spurs untuk menyertai LA galaxy. keane dijual dengan harga 2.2 juta pound berkemungkinan akan membuat penampilan sulung buat LA galaxy pada hujung minggu ini dalam perlawanan menentang san jose.

5. pemain newcastle united, joey barton telah terlepas dari sebarang hukuman selepas FA england tidak bercadang untuk mengambil tindakan ke atas barton. barton disiasati kerana mencetuskan kontroversi sehinggakan menyebabkan penyerang arsenal, gervinho dilayangkan kad merah.

6. pemain tengah spurs, giovani dos santos telah menyatakan hasrat untuk keluar dari spurs untuk menyertai kelab sepanyol, sevilla dalam jangka masa terdekat ini. dos santos yang menyertai spurs pada 2008 dengan harga 6 juta pound dari barcelona gagal menyinar untuk kelab kota london itu merupakan pemain utama bagi skuad mexico yang memenangi gold cup baru2 ini.

7. bapa kepada pemain tengah chelsea, john obi mikel telah diculik di nigeria. setakat ini, belum ada tuntutan wang tebusan dikemukakan dan mikel masih boleh beraksi untuk chelsea ketika bertemu stoke city walaupun telah mengetahui status bapanya itu.

8. spurs sedang menghampiri untuk mendapatkan penyerang man city, emmanuel adebayor secara pinjaman untuk satu musim. yang menjadi masalah buat spurs adalah pecahan pembayaran gaji adebayor memandangkan adebayor menerima gaji sekitar 170 ribu pound di man city tatkala spurs hanya akan membayar sekitar 80 ribu pound sahaja.

9. arsenal yang telah melepaskan aset berharga mereka iaitu cesc fabregas kepada barcelona, kini kembali mensasarkan pemain pertahanan bolton wanderers dan everton iaitu gary cahill dan phil jagielka. selain itu, arsenal turut berminat untuk mendapatkan pemain tengah sochaux, marvin martin bagi menggantikan tempat fabregas di bahagian tengah. 

10. penyerang baru man city, sergio aguero telah meledakkan dua gol dalam masa 10 minit ketika membuat penampilan pertamanya untuk man city. dalam perlawanan tersebut, man city berjaya mengalahkan pendatang baru BPL, swansea city dengan keputusan 4-0 di mana dua gol lagi disumbangkan oleh david silva dan edin dzeko.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan