Khamis, 25 Ogos 2011

Kompilasi berita tentang MU

1. SAF telah memberikan amaran kepada duo pemain pertahanan senior, rio ferdinand dan nemanja vidic agar memberikan mutu persembahan yang baik sekiranya ingin disenaraikan dalam kesebelasan utama pasukan. ini adalah kerana SAF beranggapan pemain2 pertahanan muda MU iaitu chris smalling, jonny evans dan phil jones mampu untuk bersaing bagi merebut tempat bagi posisi pertahanan tengah. dengan peningkatan prestasi yang ditujunkkan oleh pemain2 muda, ferdinand dan vidic berkemungkinan besar bukan lagi pilihan utama SAF untuk mengisi slot pertahanan tengah.

2. dua pemain muda MU iaitu danny welbeck dan tom cleverly bakal menerima durian runtuh apabila diberitakan MU akan menawarkan kontrak yang baru untuk mereka berdua. setakat ini, MU berpuas hati dengan persembahan daripada welbeck dan cleverly sekaligus akan memberikan ganjaran buat mereka berdua dengan menawarkan kontrak selama lima tahun dengan gaji baru sekitar 40 ribu pound seminggu. sebelum ini, welbeck dan cleverly antara pemain skuad utama yang menerima gaji yang terendah dan dengan gaji baru yang bakal diterima, mereka akan berada sebaris dengan smalling.

3. MU telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima perjanjian komersial dengan syarikat logistik, DHL dengan penajaan 40 juta pound untuk kit latihan selama empat tahun. dengan penajaan terbaru ini, MU dikatakan mampu untuk sekali lagi melepasi rekod penajaan 100 juta pound untuk semusim sepertimana yang telah dilakukan pada musim lepas. 

4. penyerang muda MU, danny welbeck dan pemain pertahanan baru, phil jones telah dipanggil untuk disenaraikan dalam skuad B-21 england sebagai persediaan menghadapi dua perlawanan pada bulan hadapan. ini sekaligus menolak spekulasi di mana welbeck dikatakan akan dipanggil oleh fabio capello untuk menyertai skuad utama england. pengurus skuad B-21 england, stuart pierce telah melakukan rombakan besar2an terhadap skuadnya dan hanya welbeck dan jones sahaja yang pemain yang kekal daripada skuad yang menyertai kejohanan eropah B-21 di denmark baru2 ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan