Selasa, 16 Ogos 2011

Review: MU vs WBA

Keputusan perlawanan

West Bromich Albion 1
shane long 37'

Manchester United 2
wayne rooney 13'
steven reid (o.g.) 81'


Ulasan perlawanan

dalam usaha ingin memperbaiki rekod di tempat lawan musim lepas, MU bermula garang dengan melancarkan gerakan2 ke arah pintu gol WBA. walaupun dilihat agak rapuh di bahagian tengah, anderson dan cleverly berjaya membolehkan MU mengimbangi dan mengekang bahagian tengah WBA. MU tampak lebih menjadi menerusi larian2 young setelah nani dikawal kemas oleh pertahanan WBA.

rooney dan welbeck yang kerap bertukar posisi turut menyebabkan kesukaran di kalangan pertahanan WBA. hasilnya menerusi gerakan pantas dan pertukaran hantaran yang menarik telah menghasilkan gol buat MU apabila rooney berjaya merembat bola masuk melepasi jangkauan bekas penjaga gol MU, ben foster. selepas itu MU terus menggerakkan serangan ke arah pintu gol WBA untuk memburu gol seterusnya tetapi tidak begitu berkesan kerana terdapat hantaran yang tidak menjadi dan kadang kala agak perlahan sehinggakan pertahanan WBA dapat membuat pintasan dan bentesan.

jika dilihat secara menyeluruh, WBA tidaklah begitu mengancam pintu gol MU kerana WBA dilihat lebih cenderung untuk menguasai kawasan tengah padang selain hanya meletakkan seorang penyerang sahaja. namun kegagalan pertahanan MU untuk menghidu situasi merbahaya dengan membuat tekanan secepat mungkin telah mengakibatkan WBA memperoleh gol penyamaan. long mudah merembat leret bola menerjah gawang gol MU. walaubagaimanapun, penjaga gol MU, de gea sepatutnya boleh menepis atau menangkap bola tersebut tetapi gagal berbuat demikian setelah lambat merebahkan badan. 

separuh masa kedua menyaksikan bola banyak berlegar2 di kawasan tengah tatkala MU kelihatan buntu untuk memecahkan benteng pertahanan WBA. namun usaha gigih MU telah membuahkan hasil apabila young bijak melepasi kawalan pertahanan WBA sebelum cuba membuat hantaran silang ke kawasan penalti sebelum bola tersebut tertampan oleh reid lalu menerjah masuk ke dalam gawang gol WBA. gol tersebut yang dijaringkan ketika perlawanan hanya berbaki 10 minit membolehkan MU menarik nafas lega untuk mencatatkan kemenangan pertama musim ini. MU juga boleh senyum lebar apabila berjaya untuk memperoleh kemenangan dari tempat lawan.


Komen:

- SAF harus memberikan peluang kepada owen untuk bergandingan dengan rooney di bahagian serangan. welbeck dilihat kerap 'off-position' selain cuba bertindak seperti rooney. ini merupakan kerugian untuk MU tatkala MU memerlukan penyerang yang boleh menjaringkan gol sementara rooney membuat permainan MU.

- SAF perlu memastikan benteng pertahanan MU yang akan dibarisi pemain2 muda memberikan aksi yang baik dan perlindungan sepatutnya kepada penjaga gol selepas ferdinand, vidic dan rafael mengalami kecederaan

- de gea mesti mengurangkan kesilapan mudah dan lebih tenang menjaga gawang MU. de gea harus meminta sokongan dan perlindungan dari bahagian pertahanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan