Jumaat, 5 Ogos 2011

Berita pagi Jumaat

1. pemilik newcastle united, mike ashley telah mengeluarkan arahan untuk mengharamkan penggunaan twitter di kalangan staf dan pemain bagi mengelakkan berlaku semula komen2 pedas. selain itu, pengurus newcastle united, alan pardew dikatakan telah menghubungi SAF untuk bertanyakan bagaimana MU menguruskan pemain dan staf berkenaan penggunaan twitter.

2. chelsea telah membeli pemain muda barcelona dengan harga 4.5 juta pound. oriol romeu yang baru berusia 19 tahun menyertai chelsea bagi menjadi 'back-up' di bahagian tengah chelsea yang kehilangan michael essien untuk enam bulan. walaubagaimanapun, barcelona mempunyai pilihan untuk membeli semula romeu selepas satu atau dua musim.

3. penyerang baru man city, sergio aguero dikhabarkan tidak akan beraksi dalam perlawanan perisai komuniti hujung minggu ini kerana mengalami masalah melecet di kaki. aguero tidak menyertai rakan sepasukan yang lain dalam latihan akibat kecederaannya itu. 

4. penyerang real madrid, karim benzema telah menolak khabar angin mengaitkan dirinya dengan perpindahan ke arsenal. penyerang berusia 23 tahun itu berkata beliau tidak merancang untuk keluar dari kota madrid dan ingin membantu real madrid untuk menjuarai liga BBVA musim ini.

5. pemain liverpool, joe cole telah disasarkan oleh kelab perancis, paris st germain. cole merupakan pemain pertama yang diperoleh oleh bekas pengurus liverpool, roy hogdson berkemungkinan akan dilepaskan secara percuma oleh liverpool bagi membuat penjimatan 90 ribu pound dari keseluruhan pembayaran gaji.

6. kelab gergasi portugal, sporting lisbon telah mendapatkan khidmat pemain sayap barcelona, jeffren dengan yuran perpindahan sebanyak 3.2 juta pound. jeffren menyertai sporting lisbon dengan menandatangani kontrak selama lima tahun dan mempunya klausa pembelian 30 juta pound.

7. penyerang antarabangsa uruguay, luis suarez berkemungkinan tidak dapat beraksi untuk liverpool dalam perlawanan pembukaan BPL menentang sunderland. ini adalah kerana suarez tidak menyertai persediaan pra-musim bersama liverpool memandangkan telah beraksi dalam saingan copa america. liverpool juga tidak dapat menggunakan khidmat steven gerrard dan martin skrtel kerana kedua2 mereka mengalami kecederaan.

8. selepas mendapatkan leroy lita, pendatang baru BPL musim hadapan, swansea city telah memperoleh pemain baru kedua iaitu wayne routledge apabila melengkapkan perpindahan dari newcastle united. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan