Selasa, 9 Ogos 2011

Berita campur-campur

1. arsenal telah berjaya mendapatkan pemain muda southampton, alex oxlade chamberlain apabila pemain berusia 17 tahun itu melepasi pemeriksaan kesihatan selepas arsenal dan southampton bersetuju dengan perpindahan melibatkan 12 juta pound. chamberlain menjadi pemain ketiga menyertai arsenal musim ini selepas gervinho dan carl jenkinson.

2. arsenal diberitakan akan kehilangan sekurang2nya sembilan pemain utama bagi bertemu newcastle united dalam perlawanan sulung BPL mereka. pemain2 tersebut adalah robin van persie, kieran gibbs, thomas vermaelen, theo walcott, jake wilshere, abou diaby, lauren koscielny, samir nasri dan cesc fabregas akibat masing2 mengalami kecederaan ataupun tidak cergas sepenuhnya.

3. penyerang muda belgium, romelu lukaku telah tiba di kota london untuk melengkapkan perpindahannya bernilai 20 juta pound ke chelsea. chelsea telah memperoleh persetujuan daripada kelab lama lukaku, anderlecht pada hujung minggu lepas sekaligus mendapatkan pemain yang telah menjaringkan 16 gol dalam 37 perlawanan sebelum ini.

4. pemain tengah palermo, javier pastore telah menyertai kelab perancis, paris st germain dengan yuran perpindahan sekitar 43 juta euro. pastore sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke chelsea atau man city telah memilih untuk kelab perancis tersebut sebagai destinasi terbarunya.

5. pemain tengah inter milan yang disasarkan oleh MU, wesley sneijder telah mengemukakan rayuan kepada kelab2 yang berminat terhadap dirinya untuk membuat tawaran setelah mengetahui dirinya kini berada dalam senarai penjualan pemain. sneijder berkata inter milan ketika ini memerlukan wang dan yakin mampu menjana kewangan yang banyak dengan menjual sneijder yang kini sedang diburu oleh beberapa kelab besar eropah.

6. penjaga gol man city, joe hart telah menandatangani kontrak baru selama lima tahun untuk terus kekal di stadium etihad. hart yang merupakan penjaga gol utama england menyertai man city pada tahun 2006 dengan yuran perpindahan sebanyak 600 ribu pound sahaja.

7. penyerang spurs, peter courch telah meminta rakan sepasukannya, luka modric untuk terus berada di spurs bagi menghadapi musim baru ini. sebelum ini, modric dikatakan telah memberikan surat permintaan untuk berpindah selepas mengetahui spurs menolak sekurang2nya tiga tawaran chelsea ke atas dirinya.

8. menurut agen bagi pemain tengah sao paulo, casemiro, real madrid, paris st germain dan MU telah menyatakan minat terhadap kliennya. inter milan dikatakan telah cuba untuk mendapatkan casemiro pada awal tahun ini tetapi gagal melengkapkan perpindahan tersebut apabila tidak mengemukakan tawaran 18 juta euro yang diminta oleh sao paulo.

9. inter milan mensasarkan pemain tengah lazio, hernanes bagi menjadi pengganti kepada wesley sneijder, itupun jika sneijder berpindah ke kelab lain. baru berusia 26 tahun, hernanes menyertai lazio pada musim lepas dengan yuran perpindahan 13.5 juta euro dari sao paulo dan telah menjaringkan 11 gol dari 36 perlawanan serie A.

10. newcastle united dikatakan sedang menghampiri untuk mendapatkan pemain sayap MU, gabriel obertan melibatkan yuran perpindahan 3 juta pound. pengurus newcastle united, alan pardew berharap obertan akan berpindah dan akan menandatangani kontrak selama lima tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan