Khamis, 18 Ogos 2011

Samba, Aguero, UCL dan macam-macam lagi

1. blackburn rovers telah meletakkan harga 16 juta pound ke atas pemain pertahanannya, chris samba bagi mengelakkan sebarang tawaran dari mana2 kelab yang berminat terhadap samba. blackburn tidak mahu melepaskan samba yang akan menjejaskan pertahanannya kerana telah menjual phil jones ke MU walaupun mengetahui arsenal dan spurs berminat untuk mendapatkan samba.

2. UEFA telah mengeluarkan statistik pembayaran hadiah dan bonus kepada kelab2 yang bertanding dalam UCL pada musim lepas. sebanyak 662 juta pound dibayar untuk semua kelab2 yang bertanding di mana 130 juta pound diberikan untuk kelab2 dari england. MU muncul penerima bayaran tertinggi apabila dibayar 46.7 juta pound walaupun hanya sekadar menjadi naib juara UCL.



3. walaupun bersedia untuk mengurangkan 60 ribu pound bagi pembayaran gajinya, pemain tengah inter milan, wesley sneijder bakal menghadapi halangan untuk melengkapkan perpindahan ke MU apabila presiden kelabnya enggan melepaskan sneijder. ini adalah kerana inter milan tidak mahu kehilangan seorang lagi pemain utamanya selepas penyerangnya, samuel eto'o dijangkan akan menyertai kelab rusia, anzhi makhachkala.

4. pengurus arsenal, arsene wenger mungkin akan berhadapan dikenakan tindakan disiplin oleh EUFA setelah dilihat mengabaikan larangan UEFA untuk memberikan arahan kepada pemain ketika menjalani pergantungan tidak berada di 'dugout'. wenger telah memberikan arahan kepada pembantunya dan perbuatan wenger tersebut telah dirakam oleh seorang jurugambar. selain itu, wenger juga turut gagal hadir ke persidangan media selepas tamat perlawanan.

5. pemain pertahanan bolton, gary cahill kini dijangkakan akan menyertai liverpool apabila liverpool telah mengemukakan pakej tawaran 10 juta pound beserta david ngog dan raheem sterling kepada bolton. walaubagaimanapun, pengurus bolton, owen coyle menyatakan bahawa cahill tidak akan dijual kerana merupakan nadi utama bolton.

6. barcelona telah memenangi spanish super cup apabila berjaya mengalahkan real madrid dalam perlawanan timbal balik di nou camp dengan keputusan 3-2 sekaligus memperoleh aggregat 5-4. dalam perlawanan yang panas di nou camp, messi menjaringkan dua gol manakala satu gol barcelona dijaringkan oleh iniesta. gol2 real madrid dijaringkan oleh ronaldo dan benzema. pemain baru barcelona, fabregas turut membuat penampilan pertamanya.

7. FA england telah memberikan kebenaran kepada penyerang man city, sergio aguero untuk terus menggunakan nama 'kun aguero' di bahagian belakang jersinya. keputusan tersebut diambil selepas mengambil kira bahawa aguero turut menggunapakai nama tersebut ketika beraksi dalam liga BBVA.

2 ulasan:

  1. awat mu dpt bnyk dr barca?..atas faktor pe?..wembley jd tuan umah ka?

    BalasPadam
  2. duit bonus tu mai dari byk source. tv right la, sponsorship la, precentage of gate collection. mgkn MU jgk dpt lebih sbb main kat wembley. tapi cam besa la, MU kan base dia besaq. so mmg akan dapat byk la hehehe

    BalasPadam