Isnin, 15 Ogos 2011

Kompilasi berita baru / lama

1. pemain tengah arsenal, alex song dijangkakan akan dikenakan pergantungan tiga perlawanan sekiranya didapati bersalah memijak pemain newcastle united, joey barton dalam perlawanan sulung BPL antara arsenal dan newcastle united. insiden tersebut sepatutnya membolehkan song dilayangkan kad merah tetapi tidak disedari oleh pengadil perlawanan menyebabkan FA england akan menjalankan siasatan dan mengambil tindakan.

2. pendatang baru, swansea city merupakan satu2nya kelab dalam saingan BPL musim ini yang mempunyai para peminatnya sebagai pemegang saham kelab. setakat ini, 19% saham swansea city dipegang oleh swansea city supporters trust selepas kelab tersebut bakal menghadapi masalah kewangan sebelum dibeli oleh sekumpulan peminatnya pada tahun 2002.

3. pengurus liverpool, kenny daglish berminat untuk mendapatkan pemain sayap celtic, paddy mccourt selepas pemain tersebut menjaringkan gol menarik ketika mewakili ireland utara yang menumpaskan faroe island dengan keputusan 4-0. pemain berusia 27 tahun ini dipantau oleh liverpool kerana mempunyai potensi walaupun gagal menunjukkan konsistensi ketika beraksi untuk kelab.

4. pengurus spurs, harry redknapp mungkin akan mendapatkan penyerang west bromich albion, peter odemwingie jika penyerang spurs, peter crouch berhijrah ke kelab lain. walaubagaimanapun, spurs terpaksa bersaing dengan beberapa kelab lain yang turut berminat terhadap odemwingie yang ketika ini cuba diikat oleh WBA dengan kontrak baru selama tiga tahun.

5. arsenal mengesahkan bahawa kaptennya, cesc fabregas akan menyertai kelab gergasi sepanyol, barcelona dalam jangka masa terdekat selepas mencapai kata sepakat berkenaan penjualan fabregas. fabregas yang menyertai arsenal pada tahun 2003 dan telah beraksi lebih dari 300 perlawanan akan kembali semula ke barcelona dengan yuran perpindahan sekitar 35 juta pound.

6. MU diberitakan telah menghantar skuad peninjaunya untuk memantau pemain tengah borussia dortmund, mario goetze apabila menarik minat untuk mendapatkan pemain tengah inter milan, wesley sneijder. pemain berusia 19 tahun itu menarik minat MU apabila menjadi inspirasi pasukan negaranya dalam perlawanan jerman menentang brazil dalam aksi perlawanan persahabatan baru2 ini.

7. juara liga portugal, porto diberitakan telah mendapatkan dua pemain standard liege iaitu eliaquim mangala dan steven defour dengan pembelian sekitar 11.4 juta pound. mangala merupakan pemain pertahanan yang baru berusia 19 tahun manakala defour berusia 23 tahun telah menandatangani kontrak selama lima tahun bersama porto.

8. MU bakal kehilangan tiga tonggak pemain pertahanan apabila ketiga2 mereka mengalami kecederaan. rafael dijangkakan akan berehat selama tiga bulan kerana menjalani pembedahan di bahu selepas mengalami kecederaan ketika mengadakan latihan. rio ferdinand pula mungkin tidak akan beraksi untuk enam minggu selepas mengalami kecederaan hamstring. kapten MU, nemanja vidic yang mengalami masalah pangkal peha masih belum dapat dipastikan tahap kecederaannya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan