Isnin, 1 Ogos 2011

Entry for 1st Ramadhan

1. pemain tengah inter milan, wesley sneijder baru2 ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau berkebarangkalian akan berpindah ke kelab lain pada musim panas ini. sepertimana yang digembar-gemburkan, destinasi terbaru sneijder adalah MU. berita lain juga menyatakan bahawa MU telah meminta sneijder untuk mengurangkan sedikit permintaan gajinya supaya persetujuan dan pembelian sneijder dapat berjalan dengan lebih lancar.

2. pemain sayap MU, nani telah memberikan amaran kepada pemain sayap MU yang lain bahawa dia bersedia untuk bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama MU. nani berkata sedemikian memandangkan posisi sayap bakal menjadi rebutan beberapa pemain seperti antonio valencia, ashley young, nani dan JSP.





Nani merembat masuk bola melepasi Victor Valdes

3. Arsenal hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika bertemu dengan new york red bulls dalam saingan piala emirates. keputusan seri tersebut merupakan yang kedua selepas arsenal turut seri 2-2 dalam perlawanan menentang boca juniors. dalam kedua2 perlawanan tersebut, arsenal kelihatan lemah di bahagian pertahanan setelah gagal memenangi perlawanan walaupun menjaringkan gol terlebih dahulu.

RVP menjaringkan gol pertama Arsenal ketika menentang New York Red Bulls

5. bekas penyerang arsenal, thierry henry tidak diberikan kebenaran oleh pengadil perlawanan untuk beraksi sebagai pemain arsenal seketika semasa kelabnya, new york red bulls bertemu arsenal dalam saingan piala emirates. ini adalah kerana terdapat undang2 FIFA yang menyatakan seseorang pemain tidak dibenarkan untuk mewakili dua pasukan yang sedang berlawan dalam satu perlawanan.

6. man city telah menjulang piala super dublin apabila mengalahkan kelab itali, inter milan dengan keputusan 3-0. gol2 man city dijaringkan oleh mario balotelli, edin dzeko dan adam johnson.

7. pengurus MU, SAF berkata penyerangnya, chicharito berkemungkinan tidak dapat beraksi untuk empat minggu gara2 mengalami kecederaan baru2 ini. penyerang mexico tersebut telah dimasukan ke hospital selepas mengalami kecederaan ketika menjalani latihan bersama pasukan.

8. dikhabarkan chelsea akan membuat penawaran baru sekitar 30 juta pound bagi mendapatkan pemain tengah spurs, luka modric. tawaran tersebut merupakan yang ketiga memandangkan dua tawaran sebelum ini ditolak oleh spurs.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan