Khamis, 4 Ogos 2011

Sepintas lalu

1. pengurus man city, roberto mancini mensasarkan penjaga gol stoke city, thomas sorensen untuk menjadi penjaga gol 'back-up' kepada joe hart setelah menjual shay given kepada aston villa. mancini bersedia untuk membayar 2 juta pound kepada stoke city untuk mendapatkan sorensen.

2. newcastle united sedang berkira2 untuk membeli penjaga gol west ham united, rob green dengan menawarkan pakej 1.5 juta pound beserta penjaga gol mudanya, fraser forster. green dilihat lebih berpengalaman berbanding penjaga gol newcastle united sedia ada iaitu tim krul.

3. kelab itali, juventus berharap dapat meminta chelsea untuk menjual pemain pertahanannya, alex dengan harga 7 juta pound. selain juventus, bayern munich turut berminat untuk mendapatkan alex.

4. penjaga gol baru west bromich albion, ben foster berkata beliau bersedia untuk menyarung semula jersi penjaga gol england sekiranya penjaga gol utama england ketika ini, joe hart mengalami kecederaan. foster sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau telah bersara dari arena bola sepak antarabangsa kerana kecewa gagal menjadi penjaga gol utama england.

5. lagenda MU, eric cantona telah memberikan kritikan terhadap dua pemain man city yang 'homesick' iaitu mario balotelli dan carlos tevez. cantona hairan  bagaimana pemain yang dikatakan 'world class player' mempunyai sikap yang tidak bagus memandangkan mereka tidak menyukai tempat pasukan mereka. 

6. pengurus MU, SAF berkata tiga pemain baru MU mempunyai peluang untuk beraksi dalam kesebelasan utama pada musim hadapan. berdasarkan kenyataan SAF, ashley young akan mengisi slot sayap kiri, phil jones mungkin bertindak sebagai 'defensive midfielder' walaupun sebenarnya jones dibeli untuk menjadi pengganti vidic di masa depan manakala david de gea akan bersaing dengan anders lindegaard untuk menjadi penjaga gol utama MU.

7. SAF juga seolah2 telah memberikan lampu hijau untuk menjual penyerang MU, dimitar berbatov kepada kelab perancis, paris st germain. dikhabarkan PSG akan membida berbatov dengan 15 juta pound tetapi SAF ingin bidaan tersebut dinaikkan menjadi 20 juta pound. 

8. penyerang man city, carlos tevez dijangkakan tidak akan beraksi dalam perlawanan pembukaan perisai komuniti hujung minggu ini selepas memperoleh lanjutan bagi cutinya. status tevez di man city masih lagi menjadi tanda tanya memandangkan tevez telah menyatakan hasrat untuk keluar dari man city pada musim panas ini.

9. eric cantona berharap MU akan meneruskan hasrat untuk mendapatkan pemain tengah inter milan, wesley sneijder kerana cantona melihat sneijder sebagai dirinya yang terbaru di MU. cantona berpendapat sedemikian sebelum kembali semula ke OT selepas 14 tahun untuk mengemudi new york cosmos untuk bertemu MU dalam perlawanan testimonial paul scholes.

10. kelab gergasi itali, ac milan dikhabarkan berminat untuk mendapatkan pemain tengah liverpool, alberto aquilani. sebelum ini aquilani dikaitkan dengan perpindahan ke fiorentina tetapi perpindahan tersebut gagal mencapai persetujuan. kini aquilani dilihat menjadikan ac milan sebagai destinasi terbarunya.

11. edwin van der sar telah memenangi dua perlawanan testimonialnya yang diadakan di amsterdam arena. dalam perlawanan pertama, VDS telah membantu pasukannya, ajax 1995 untuk mengalahkan pasukan holland 1998 dengan keputusan 1-0 manakala dalam perlawanan kedua, pasukan impian VDS menewaskan pasukan terkini ajax dengan keputusan 2-1.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan