Khamis, 11 Ogos 2011

Berita panas


1. Kapten arsenal, cesc fabregas sedang menghampiri perpindahannya ke Barcelona apabila arsenal bersetuju ke atas tawaran 36 juta pound yang dikemukakan. Namun, fabregas juga perlu membuat pembayaran tambahan sebanyak 900 ribu pound setahun kepada arsenal dari gajinya sendiri untuk selama lima tahun. Kini, hanya tinggal fabregas untuk berbincang dengan Barcelona tentang kontraknya.

2. Pemain sayap MU, bebe berkemungkinan terpaksa berehat panjang iaitu selama enam bulan apabila mengalami kecederaan teruk di lututnya ketika beraksi untuk pasukan Portugal B-21 menentang Slovakia baru2 ini. Bebe yang dipinjamkan ke kelab turki, besiktas memerlukan pembedahan bagi merawat kecederaannya.

3. Man city mensasarkan pemain sayap fiorentina, alessio cerci sekiranya gagal untuk mendapatkan pemain tengah arsenal, samir nasri. Cerci dilihat pilihan yang jauh lebih murah berbanding nasri iaitu sekitar 5 juta pound sahaja. Pengurus man city, Roberto mancini telah berkata sebelum ini bahawa beliau ingin membeli sekurang2nya seorang pemain tengah dan seorang pemain sayap.

4. Bekas pemain MU, john o’shea yang menyertai sunderland musim panas ini diberitakan akan terlepas untuk beraksi dalam perlawanan BPL hujung minggu ini apabila mengalami kecederaan hamstring. Setakat ini, sunderland telah memperoleh sepuluh pemain baru termasuk o’shea dan kini berminat untuk mendapatkan pemain tengah spurs, niko krancjar secara pinjaman untuk satu musim.

5. Pemain antarabangsa Israel, yossi benayoun telah dimasukkan dalam pakej tawaran yang dikemukakan oleh Chelsea untuk mendapatkan pemain tengah spurs, luka modric. Namun, selain spurs, Newcastle united turut berminat untuk mendapatkan benayoun. Benayoun yang menyertai Chelsea pada musim lepas dengan yuran perpindahan 5.5 juta pound hanya membuat sembilan penampilan sahaja buat Chelsea.

6. Penyerang Chelsea, Fernando torres berkemungkinan untuk tidak beraksi dalam perlawanan BPL hujung minggu ini menentang stoke city apabila mengalami sedikit kecederaan ketika bermain dalam perlawanan persahabatan baru2 ini. Torres mengalami kecederaan apabila beraksi untuk sepanyol menentang itali di mana dalam perlawanan tersebut sepanyol kalah 1-2.

7. kelab perancis, paris st germain ingin menawarkan 13 juta pound kepada fiorentina untuk mendapatkan penyerang, alberto gilardino. setelah keluar dari ac milan, gilardino seolah2 memperoleh cahaya baru untuk menyinar di fiorentina sekaligus menarik minat beberapa kelab lain seperti genoa dan valencia.
8. rubin kazan telah menghubungi schalke04 berkenaan dengan pembelian penyerang, klass-jan huntelaar. kelab rusia tersebut bersedia membayar 12 juta pound untuk mendapatkan huntelaar yang dilihat mampu menambahkan sengat di bahagian serangan.

9. penyerang veteran, david trezeguet yang telah meninggalkan kelab sepanyol, hercules telah menarik minat kelab yang baru dinaikkan ke BPL musim ini, swansea city. penyerang berusia 33 tahun ini dikatakan ingin beraksi sama ada di sepanyol ataupun perancis tetapi tidak menolak kemungkinan berhijrah ke england.

10. penyerang inter milan, samuel eto'o dikhabarkan akan menyertai anzi makhachkala dalam jangka masa terdekat setelah kelab rusia tersebut menawarkan 30 juta pound kepada inter milan. eto'o merupakan penjaring terbanyak serie A dengan 34 gol ingin berhijrah dari itali bagi mencari angin baru dan bakal menerima gaji sebanyak 300 ribu pound seminggu dari kelab barunya nanti.
11. pemain bermasalah newcastle united, joey barton dikatakan sedang berada dalam rundingan untuk menyertai stoke city. stoke city telah mengemukakan kontrak sekitar 60 ribu pound seminggu untuk empat musim kepada barton yang sebelum ini telah diberikan lampu hijau oleh pengurusan newcastle united untuk berpindah secara percuma.

12. kelab gergasi turki, fenerbache telah mengadakan perbincangan dengan everton untuk mendapatkan pemain pertahanan, joseph yobo. pemain pertahanan nigeria itu dikatakan bernilai 2 juta pound telah beraksi untuk fenerbache pada musim lepas secara pinjaman dan telah menunjukkan prestasi yang bagus sepanjang berada di turki.

13. pengurus wigan, roberto martinez ingin mendapatkan pemain sayap man city, shaun wright-phillips (SWP) bagi menjadi pengganti kepada charles n'zogbia yang telah menyertai aston villa. tetapi, wigan perlu bersaing dengan bolton wanderers bagi mendapatkan SWP dan bersedia membayar man city 2 juta pound dan menawarkan kontrak 50 ribu pound seminggu kepada SWP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan