Isnin, 8 Ogos 2011

Review: MU vs Man City - Community Shield

Keputusan Perlawanan:

Manchester City 2
joleon lescott 38'
edin dzeko 45'

Manchester United 3
chris smalling 52'
nani 58', 90'

Ulasan Perlawanan

SAF mencampur-adukkan pemain muda dan senior dalam kesebelasan utama. dua pemain baru MU iaitu david de gea dan ashley young diberikan peluang beraksi dalam perlawanan kompetitif pertama sementara dua pemain muda MU, smalling dan welbeck turut disenaraikan dalam kesebelasan utama.

pada separuh masa pertama, MU dilihat melancarkan banyak gerakan menarik tetapi kurang mempunyai sengat untuk membahayakan pintu gol man city. bahagian tengah MU yang dikemudikan oleh anderson dan carrick mampu untuk mengimbangi corak permainan yang ditunjukkan oleh man city. namun sedikit kealpaan dan kesilapan, MU melepaskan dua gol kepada man city sekalipun man city sebenarnya tidak begitu mengancam.

selaku penjaga gol yang baru dan masih lagi muda, de gea tampak gemuruh sehinggakan gagal membuat keputusan tepat terutamanya apabila man city menjaringkan gol pertama menerusi tandukan lescott. sepatutnya de gea boleh menumbuk keluar bola dari kawasan merbahaya. gol kedua man city berpunca dari kegagalan bahagian tengah MU untuk 'back track' penyerang man city, edin dzeko dari kawasan tengah. ini sekaligus menyebabkan bahagian pertahanan MU terdedah seterusnya membuka peluang kepada dzeko untuk membuat percubaan jarak jauh yang menghasilkan gol. namun, timbul kritikan bahawa de gea sepatutnya boleh menyelamatkan bola tersebut. tetapi, bagi aku, kesilapan MU haruslah terarah kepada bahagian tengah terlebih dahulu sebelum menyalahkan de gea.

separuh masa kedua menampakkan kelajuan tempo permainan MU. SAF mengambil keputusan berani untuk mengeluarkan tiga pemain berpengalaman iaitu ferdinand, vidic dan carrick dengan memasukkan phil jones, jonny evans dan tom cleverly. ternyata tindakan SAF merupakan keputusan yang bijak apabila ketiga2 mereka beraksi dengan baik terutamanya cleverly yang berfungsi dengan cemerlang menggerakkan serangan MU. hasilnya, tiga gol berjaya dijaringkan setelah MU memberikan tekanan terhadap pintu gol man city. gol pertama MU dijaringkan oleh smalling yang pantas menyambar bola sepakan percuma yang diambil oleh young. nani meledakkan gol kedua MU menerusi satu gerakan menarik setelah bertukar2 hantaran dengan rooney. gol ketiga MU diperoleh selepas nani bijak mengambil peluang berpunca dari kesilapan pertahanan man city, vincent kompany seterusnya menggelecek melepasi jangkauan penjaga gol, joe hart sebelum mudah menyepak bola masuk ke dalam gol pada minit2 akhir perlawanan.

namun beberapa perkara harus diberikan perhatian oleh SAF bagi memperkemaskan lagi skuad seperti memastikan rooney memperoleh gandingan yang memahami corak permainannya. welbeck gagal untuk menyinar apabila beliau mengikut rooney untuk turun lebih ke bawah bagi mendapatkan bola. seharusnya welbeck perlu berada di atas selalu bagi membolehkan bola dihantar ke depan. selain itu, selaku pemain senior, ferdinand dan vidic perlu mempertingkatkan lagi persembahan mereka di bahagian pertahanan memandangkan mereka perlu melindungi penjaga gol yang jauh lebih muda dan kurang pengalaman beraksi dalam BPL. bahagian tengah juga memerlukan pemain2 yang dapat membantu serangan di samping menguasai kawasan tengah padang. 

secara keseluruhan, MU menunjukkan corak permainan yang pantas dalam separuh masa kedua berbanding separuh masa pertama di mana MU lebih berminat untuk menguasai bahagian tengah padang. aksi yang ditonjolkan oleh pemain2 muda MU amat memberangsangkan dan bolehlah dikatakan bahawa pembelian ketiga2 pemain baru menguatkan lagi skuad MU untuk musim ini. pujian seharusnya diberikan kepada nani apabila berjaya meningkatkan prestasinya tatkala beliau perlu bersaing dengan beberapa pemain lain untuk merebut posisi sayap MU.

Gambar Perlawanan:

 Lescott menanduk masuk untuk gol pertama Man City

Kesilapan Vidic mengundang padah apabila Dzeko merembat masuk gol kedua Man City

Smalling menjaringkan gol pertama MU

Nani meraikan gol kedua MU

Hart hanya mampu melihat selepas Nani berjaya melepasi jangkauannya untuk menjaringkan gol ketiga MU

MU menjulang trofi pertama pada musim ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan