Selasa, 5 Julai 2011

Sembang bola - sunderland

setakat ini, sunderland telah menerima 5 pemain baru untuk musim panas ini. pengurus mereka, steve bruce agak proaktif bagi mengenalpasti dan membawa pemain2 bermutu bagi menguatkan pasukan. walaupun sunderland telah menjual aset muda mereka iaitu jordan henderson kepada liverpool dengan 20 juta pound, bruce dilihat bijak membelanjakan wang tersebut untuk membeli lebih dari seorang pemain.

bekas penjaga gol coventry, keiren westwood telah menyertai sunderland dan menjadikan sunderland mempunyai barisan penjaga gol muda yang bagus di samping craig gordon dan simon mignolet. bagi memperkuatkan bahagian tengah pula, bruce telah mendapatkan khidmat dua bekas pemain birmingham city iaitu sebastian larsson dan craig gardner. kedua2 mereka sebelum ini merupakan nadi utama birmingham city ketika menjulang piala carling walaupun ketika berakhirnya saingan BPL musim lepas, birmingham city tersingkir ke liga kejuaraan musim hadapan. 

dua pemain muda telah ditambah di bahagian serangan sunderland. penyerang england B-21, connor wickham dan pemain korea selatan, dong won ji bakal menambahkan ketajaman serangan sunderland untuk musim hadapan. sunderland telah memenangi saingan sengit untuk mendapatkan wickham memandangkan wickham mempunyai bakat dan potensi besar untuk menjadi penyerang utama england pada masa hadapan selain memiliki tubuh badan yang tegap. won-ji pula menarik minat bruce apabila memberikan aksi yang baik bersama korea selatan ketika saingan piala asia yang lalu.

pembelian pemain2 baru ini akan diteruskan lagi oleh bruce apabila beliau dilihat cuba memancing trio pemain MU iaitu darron gibson, john o'shea dan wes brown. dikhabarkan sebelum ini sunderland telah menawarkan 12 juta pound untuk ketiga2 pemain dan MU pun tidak menghadapi masalah ke atas pembelian tersebut. namun diberitakan o'shea dan brown tidak berminat untuk menyertai sunderland atas sebab2 tertentu. walaubagaimanapun, perkara tersebut tidak menjadi masalah buat bruce yang yakin akan berjaya memikat pemain2 MU itu bagi menguatkan lagi skuadnya terutamanya di bahagian pertahanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan