Rabu, 13 Julai 2011

Entry tengah hari

hasil daripada mesyuarat yang diadakan kelmarin, FAM telah memberikan kebenaran kepada pasukan2 yang bertanding dalam liga malaysia untuk menggunapakai khidmat pemain import pada musim hadapan. walaubagaimanapun, hanya kuota dua pemain import sahaja dibenarkan bagi setiap pasukan. keputusan FAM ini dilihat dapat mengembalikan kerancakan arena bola sepak malaysia yang ketika ini boleh dikatakan agak suram memandangkan kemerosotan sebahagian besar pasukan2 yang bertanding. dengan kembalinya kelibat pemain import, secara tidak langsung prestasi pasukan dijangkakan dapat menunjukkan peningkatan dan penonton2 serta peminat2 bola sepak malaysia akan menjengah semula stadium2 yang lengang. 

selain keputusan pemain import, FAM turut mengesahkan perlis dan pahang akan tersingkir dari saingan liga super musim hadapan sekaligus menafikan spekulasi bahawa kononnya pahang akan cuba diselamatkan daripada menghadapi penyingkiran. jadi, sekalung tahniah diucapkan kepada PKNS selangor dan sarawak yang bakal menampilkan aksi dalam liga super pada musim hadapan.

FAM juga telah memutuskan bahawa pasukan harimau muda A akan menyertai liga singapura untuk menimba pengalaman beraksi dalam liga luar negara. ini boleh aku katakan keputusan yang tepat dan bijak oleh FAM bagi memberikan pendedahan kepada pemain2 muda negara dan diharapkan pengalaman yang bakal diperoleh nanti dapat dijelmakan ketika beraksi dalam kejohanan2 penting.

kini kita alih perhatian kepada copa america pula. kelmarin, argentina yang menewaskan costa rica dengan keputusan 3-0 telah mengiringi colombia ke peringkat suku akhir. walaupun menjadi tuan rumah copa america kali ini, argentina gagal menepati status pasukan pilihan apabila memerlukan kemenangan di perlawanan terakhir kumpulan bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati. dibarisi dengan pemain2 yang ternama seperti messi, tevez dan lavezzi belum cukup untuk argentina menampilkan aksi2 seperti sang juara. perubahan drastik terpaksa dilakukan oleh jurulatih argentina, sergio batista ketika argentina bertemu dengan costa rica yang membolehkan argentina mencatatkan kemenangan.

chile telah ditabal sebagai juara kumpulan C apabila berjaya mengalahkan peru 1-0 menerusi jaringan di saat2 akhir perlawanan. chile melangkah ke peringkat suku akhir bersama2 uruguay yang menewaskan juara gold cup, mexico dengan keputusan 1-0. selaku pasukan yang memperoleh tempat ketiga pada saingan piala dunia 2010, uruguay sepertimana argentina, turut berhadapan kesukaran untuk menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam kejohanan copa america kali ini. 

wakil dari kumpulan B bakal ditentukan dengan berlangsungnya dua perlawanan terakhir peringkat kumpulan. satu lagi pasukan besar amerika latin, brazil akan bertemu pasukan yang sedang meningkat naik iaitu ecuador. pemain sayap MU, luis valencia kemungkinan dapat diturunkan dalam perlawanan ini selepas diragui mengalami kecederaan teruk dalam perlawanan terdahulu. paraguay pula akan bertemu venezuela yang kini sedang menerajui saingan kumpulan B. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan