Selasa, 12 Julai 2011

Bola sepak malaysia

dah banyak ari tak posting dalam blog. maklumla cuti hujung minggu dahtu kalut lak jaga boh pameran. arini dan esok ada lak kursus. lari balik mai ngadap PC kat opis sat. ni nak sembang la skit pasai bola sepak malaysia, saja nak alih2 angin. takkan nak sembang pasai bola sepak luaq negara ja.
jadi, tahniah la kat kedah sebab berjaya dapat nombor 4 dalam liga super. bagi aku la, kira baguih la pencapaian kedah ni sebab sepanjang 26 perlawanan liga super, macam2 masalah jugak yang kedah terpaksa hadapi. tu tak kira tukaq coach lagi. syabas buat pihak pengurusan dan para pemain kedah termasuk coach baru, WJ yang nampaknya pandai atoq game dan pilih player. kira ada otak taktikal dan strategi jugak la kalu nak banding AY yang game dia lebih kepada direct ja. tadak variasi sangat.

yang menariknya bila dah abih liga super ni, nu nasib pasukan presiden FAM nu, sapa lagi kalau bukan pahang. pahang dan perlis masing2 duk nombor 13 dan 14. senang cakap tersingkir la dari main liga super musim depan. dah secara automatiknya, dua kelab teratas liga perdana iaitu juara selangor PKNS dan naib juara sapa tah akan masuk liga super. tapi dengaq2 orang duk cerita, rupa2nya ada agenda yang katanya nak selamatkan pahang dari tersingkir main liga perdana musim depan. macam mana caranya? caranya adalah dengan wat qualification round. kira dua kelab terbawah liga super lawan top two liga perdana. dua team hat mana menang akan main liga super musim depan. apa kejadah menatang ni? liga2 len kat dunia tadak aihh wat camni. kalu dah duk bawah, memang konfem la relegate. nak main dalam kelayakan apa lagi.

sebab isu ni la yang selangoq PKNS duk hingaq tu. bukan apa, depa main penat2 nak jadi juara liga perdanan sebab aim nak masuk liga super secara automatik, alih2 kena main qualification dulu. tak ka bangang. katanya keputusan benda2 ni akan tau arini sebab FAM wat mesyuarat agung. samping isu tu, isu pemain import pun akan bincang jugak kot. nak wat keputusan nak bagi green light ka dak untuk pakai import musim depan. baru2 ni kelantan pun kata nak sangat2 pakai import sebab rasa tak dapat nak bersaing bila main dalam AFC cup musim depan. haa baru hangpa tau. dulu kedah relax ja pi main sampai ke vietnam (kalau tak salah aku) tadak pemain import pun. so pakat2 tunggu la apa keputusan FAM dalam mesyuarat kali ni.

rabu ni, skuad senior malaysia akan lawan arsenal. dahtu sabtu or ahad lawan liverpool lak. kira ok la sebab kurang2 dapat la training match sebelum lawan singapura lak dalam pusingan kedua kelayakan piala dunia. skuad olimpik malaysia lak bleh kata kena undi duk dalam kumpulan hat payah. taktau la bleh lepas ka dak dengan team2 cam jepun, bahrain, ni pun kalau tak salah aku la. apapun, all da best la. jangan kalah sebelum berjuang.

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan