Isnin, 4 Julai 2011

Bersih

kali ni aku nak sembang la skit2 pasai isu yang lani duk heboh sangat dalam tv dan sothabaq. isu apa lagi kalu bukan BERSIH. apa yang aku nak sembang ni hanyalah pendapat peribadi aku ja. ikut la hangpa nak terima ka dak. yang penting kurang2 aku ada reason aku sendiri pasai BERSIH ni.

pada aku la, masih ramai lagi taktau apa sebenaqnya BERSIH ni. kalu duk tengok dalam sothabaq besa la, macam utusan ka, berita harian ka, sahih la duk bagitau hat negatif ja. tapi cuba kita pakat2 selidik tengok apa tujuan BERSIH ni. adakah macam sesetengah orang kata geng2 yang join BERSIH ni orang yang tak reti nak bersyukur? ha la orang yang tak syukur la dengan segala jasa baik kerajaan bagi gheja, bayaq gaji, bleh beli keta, umah. dahtu ada lagi orang duk kata puak2 BERSIH ni kot kalu cemuih sangat kat malaysia ni, banyak sangat komplen, better pi pindah duk negara len. jangan duk riuh sangat nak kondem kerajaan. ataupun pendapat orang len yang kata BERSIH ni demonstrasi nak guling kerajaan. 

ni aku senaraikan 8 tuntutan BERSIH ka bawah ni:

1. bersihkan senarai undi
2. mereformasikan undi pos
3. gunakan dakwat kekal
4. masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

hah!! tadak satu pun yang mention suh guling kerajaan. ni apa dia ni yang duk kata BERSIH yang bukan2. cuba baca link ni untuk tau lebih detail pasai tuntutan tu.

KL bukannya tak penah handle big event. marathon KL la, LTDL la, perarakan hari kebangsaan la, orang tak komplen pun pasai jem ka hapa ka. sebabnya polis main peranan. tak kira la polis trafik ka, polis nek kuda ka, polis besa ka. jadi apa masalahnya bagi ja permit kat BERSIH dahtu polis bagi kerjasama. aku rasa dalam 2 jam dah setel puak BERSIH nak berarak pi istana negara. hat tu pun payah ka.

aku pun tak paham la apa la yang kecut sangat dengan orang pakai baju kaler kuning ni. abih pakat kena tangkap. kemarin saja time aku nak balik dari SP ke jitra, duk ada 3 road block. tak tau lak yang polis kita ni rajin sejak dua menjak ni. emm ntahla...

sendiri mau pikiaq la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan