Sabtu, 16 Julai 2011

Berita bola sepak

1. MU telah memperkenalkan 'away jersey' yang terbaru untuk musim hadapan. jerssi MU tersebut yang berasaskan warna biru dan bercorak melintang adalah berdasarkan inspirasi daripada jersi yang telah digunapakai oleh pasukan MU yang memenangi perlawanan akhir piala eropah 1968. corak jersi MU ini pernah dijadikan 'away jersey' oleh MU selama tujuh tahun pada 1930an.

 Chicharito memperagakan 'away jersey' terbaru MU


2. arsenal dikatakan telah menawarkan 14 juta pound kepada anderlecht untuk mendapatkan pemain penyerang, romelu lukaku dan yakin akan berjaya mengalahkan chelsea dalam pembelian lukaku. pemain yang berusia 18 tahun ini telah menjaringkan 31 gol dalam 71 perlawanan bersama anderlecht merupakan pemain yang disasarkan oleh chelsea untuk menjadi pengganti didier drogba bagi mengetuai serangan.

 Lukaku yang menjadi rebutan Arsenal dan Chelsea


3. pemain sayap, steward downing diberitakan akan menyertai liverpool pada musim hadapan setelah melengkapkan perpindahannya yang bernilai 20 juta pound daripada aston villa. downing bakal menerima gaji 80 ribu pound seminggu telah menamatkan 'transfer saga' melibatkan liverpool dan aston villa yang berlangsung hampir satu tahun lebih. 

4. kelab brazil, corinthians dikhabarkan telah mengemukakan tawaran baru kepada man city untuk membeli carlos tevez. corinthians menaikkan tawaran lama dari 35 juta pound kepada 40 juta pound untuk mendapatkan tevez memandangkan timbul spekulasi bahawa kelab itali, juventus telah membuat tawaran 45 juta pound ke atas kapten man city itu. Man city pula tidak begitu terdesak dan tergesa2 untuk menjual tevez kerana pemain tersebut masih mempunyai tiga tahun kontrak.

Tevez yang ingin berhijrah keluar dari Man City

2 ulasan:

  1. hahaha..jersi ala2 inter ni..nk umpan sneider ni...hahahahaha

    BalasPadam
  2. haha ya la kot. jersi man city away pun stripe jgk. apa punya tuurrr la...

    BalasPadam