Selasa, 19 Julai 2011

Entry sebelum mula gheja

1. UEFA akan memperkenalkan anugerah baru iaitu pemain terbaik UEFA dalam eropah yang akan ditentukan pada musim panas ini. menurut presiden EUFA, michel platini, anugerah tersebut adalah bertujuan untuk mengembalikan semula kehangatan anugerah pemain eropah tahunan. UEFA berkeputusan sedemikian setelah anugerah lama, ballon d'or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia (world player of the year) untuk menjadi FIFA ballon d'or sejak setahun lalu.

2. aston villa telah melengkapkan perpindahan penjaga gol, shay given dari man city dengan tawaran kontrak selama lima tahun. penjaga gol berusia 35 tahun tersebut berhijrah dari man city selepas menghadapi kesukaran untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama. given akan beraksi di bawah pengurus aston villa yang baru iaitu alex mcleish.

3. pengurus fulham, martin jol telah mengesahkan bahawa pemain as roma, john arne riise akan menyertai fulham dengan kontrak selama tiga tahun. sebelum ini, riise pernah beraksi untuk liverpool sebelum berpindah ke itali. riise, 30, dikatakan dibeli dengan yuran perpindahan 1.5 juta pound akan menyertai adiknya, bjorn helge riise yang telah bersama fulham sejak dari tahun 2009.

4. MU dikatakan sedang berusaha untuk mendapatkan pemain tengah santos, paulo henrique ganso. pemain berusia 21 tahun ini telah dilabel sebagai kaka baru oleh peminat2 bola sepak brazil. walaubagaimanapun, ganso diberitakan lebih berminat untuk menyertai kelab gergasi itali, ac milan sekiranya berhijrah keluar dari brazil.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan