Rabu, 13 Julai 2011

Perkembangan terbaru

1. MU dikhabarkan menghampiri untuk mendapatkan khidmat playmaker inter milan, wesley sneijder apabila CEO MU, david gill yang tidak bersama skuad MU ke USA sedang menjalankan usaha2 untuk berbincang perincian penting dengan wakil pemain dan kelab. diberitakan MU bersedia untuk membayar inter milan sebanyak 35 juta pound terhadap sneijder yang dilihat sebagai 'final piece' untuk memperkuatkan pasukan.

2. pemain tengah MU, darren fletcher tidak menyertai rakan pasukan lain untuk jelajah USA kerana untuk terus berada di pusat latihan MU bagi meningkatkan kecergasannya setelah berehat lama akibat kecederaan pada penghujung musim lepas. selain itu, fletcher juga disarankan untuk menaikkan berat badannya selepas berat badannya menurun. di samping fletcher, penjaga gol baru MU, david de gea turut diarahkan untuk menambahkan berat badan kerana BPL memerlukan seorang penjaga gol yang bertubuh tegap supaya dapat bersaing dalam situasi bola tinggi kerana kita sememangnya sudah mengetahui bagaimana hebatnya saingan daripada pemain2 lain dalam situasi tersebut.

3. penyerang chelsea, fernando torres telah menunjukkan ketajamannya di hadapan pintu gol lawan apabila menjaringkan satu gol dalam perlawanan persahabatan antara chelsea dengan wycombe di mana chelsea mencatatkan kemenangan 3-0. dua lagi gol disumbangkan oleh yossi benayoun dan slobodan rajkovic. dalam berita lain mengatakan pengurus chelsea, AVB berminat untuk memperkuatkan pertahanan chelsea dengan pemain2 berasal dari england dan mensasarkan pemain pertahanan bolton, gary cahill, sekaligus bakal menafikan arsenal untuk mendapatkan pemain bernilai 17 juta pound tersebut.

4. spurs dikatakan bakal menghadapi satu lagi masalah melibatkan pemain apabila pemain pertahanannya, michael dawson yang diberitakan sedang mempertimbangkan masa hadapannya di spurs. dawson berbuat demikian kerana kurang berpuas hari dengan gaji yang diterimannya berbanding rakan sepasukan lain walaupun pada hakikatnya dawson merupakan nadi utama spurs. kemungkinan besar, dawson akan mengikuti jejak langkah pemain tengah spurs, luka modric yang ketika ini berhasrat untuk keluar dari white hart lane bagi menyertai chelsea.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan