Jumaat, 1 Julai 2011

Macam-macam berita

1. man city kini pula cuba bersaing dengan seteru setempat, MU untuk mendapatkan pemain tengah arsenal, samir nasri. jika sebelum ini kedua2 kelab manchester tersebut berebut untuk mendapatkan alexis sanchez, kini tumpuan mereka beralih kepada nasri. man city juga dikatakan berada di peringkat perbincangan untuk membawa seorang lagi pemain arsenal, gael clichy ke eastland.

2. penyerang lille, gervinho diberitakan akan menjadi pemain arsenal secara sah apabila bakal melengkapkan perpindahannya bernilai 11 juta pound. arsenal dikatakan berjaya menewaskan spurs dalam usaha mendapatkan gervinho apabila menawarkan peluang untuk beraksi dalam UCL serta tempat dalam kesebelasan utama.

3. lagenda argentina, mario kempes berharap pemain terbaik dunia ketika ini, lionel messi dapat menampilkan prestasi yang serupa ditunjukkan di barcelona apabila beraksi bersama skuad argentina dalam saingan copa america yang berlangsung pada 1hb Julai. pada saingan piala dunia lalu, messi gagal menepati statusnya sebagai pemain terbaik dunia apabila gagal menjaringkan sebarang gol dalam lima perlawanan tatkala argentina tewas pada peringkat suku akhir. sehubungan itu, kempes mahu messi membalas kepercayaan skuad argentina dengan memberikan persembahan yang bermutu.

4. bagi memastikan blackpool melepaskan kapten mereka, charlie adam, liverpool bukan sahaja akan menawarkan 8 juta pound, malah bakal meminjamkan tiga pemain mudanya kepada blackpool untuk satu musim. pemain2 tersebut adalah danny wilson, jonjo shelvey dan stephen darby.

5. pengurus WBA, row hodgson ingin membawa semula bekas penjaga gol WBA, tomasz kuszczak apabila dikatakan mengemukakan tawaran 2.5 juta pound kepada MU. setelah kemasukan penjaga gol baru, david de gea, MU kini mempunyai empat penjaga gol dan menyebabkan peluang kuszczak untuk beraksi dalam skuad utama menjadi agak terhad. WBA pula ingin mencari penjaga gol baru setelah penjaga golnya, scott carson diberitakan bakal menyertai kelab turki, bursaspor dengan yuran perpindahan 2 juta pound.

6. bekas kapten MU, gary neville beranggapan bahawa pemain pertahanan muda yang baru dibeli oleh MU, phil jones mempunyai ciri2 untuk menjadi kapten MU di masa hadapan. selain bertubuh tegap dan besar, jones mampu bermain cemerlang di bahagian pertahanan dan tengah dengan corak permainannya yang keras, sesuai dengan corak permainan yang dipertonjolkan dalam BPL.

7. laporan oleh media sepanyol mengatakan valencia berminat untuk mendapatkan penyerang MU, dimitar berbatov dengan tawaran 13 juta pound. walaupun menjadi penjaring gol terbanyak buat MU pada musim lepas, berbatov kini tidak mempunyai peluang beraksi dalam skuad utama MU setelah peningkatan memberangsangkan yang ditunjukkan oleh chicharito.

8. presiden palermo telah mengatakan bahawa chelsea telah mengemukakan tawaran 45 juta pound untuk mendapatkan playmaker palermo, javier pastore. chelsea sebelum ini telah memantau progres dan perkembangan pastore dan berminat untuk mendapatkan pastore selepas spurs menolak tawaran chelsea untuk membeli luka modric.

9. arsenal dikatakan berminat untuk membeli pemain pertahanan MU, john o'shea sebagai pengganti kepada pemain fullbacknya, gael clichy yang bakal menyertai man city. difahamkan bahawa o'shea telah diberikan kebenaran untuk berhijrah keluar dari OT setelah berkhidmat hampir 12 tahun untuk MU. o'shea juga mungkin dimasukkan dalam tawaran MU untuk mendapatkan nasri.

10. kapten napoli, marek hamsik sebelum ini menyatakan minatnya untuk menyertai gergasi bola sepak itali, ac milan. namun pengurusan ac milan berkata mereka tidak bersedia untuk mengeluarkan belanja yang besar untuk menjadikan perpindahan hamsik ke ac milan menjadi kenyataan.

11. menurut ajen bagi penyerang villareal, giuseppe rossi, barcelona tidak lagi berminat untuk membawa rossi ke camp nuo kerana barcelona kini menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelian pemain sayap udinese, alexis sanchez. ini adalah kerana bercelona juga perlu berbelanja besar untuk mendapatkan seorang lagi pemain sasaran mereka iaitu cesc fabregas yang dikatakan melibatkan yuran perpindahan 35 juta pound.

12. penjaga gol itali B-17, pierluigi gollini dikhabarkan bakal menyertai akademi MU setelah berpindah dari fiorentina. namun begitu, pengarah sukan fiorentina kurang berpuas hati dengan tindakan MU kerana mendapatkan pemain muda dengan sebegitu awal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan