Isnin, 18 Julai 2011

Copa America

akhirnya pakat2 dah tau negara mana hat masuk semi final. hanya satu dari empat pasukan pilihan saja yang berupaya melangkah pi semi final iaitu uruguay. tiga lagi, colombia, argentina dengan brazil, pakat fumble habih tang suku akhir. kalah penalti hahaha.

aku bukan la nak beraya atau gembira tak ketahuan hala bila argentina dan brazil kalah. cuma sejak aku duk tengok bola la, mai lani ja argentina dan brazil ni cam hype ja lebih. bila mai tourney ja, takleh nak menang pun. senang cakap, sembang ja lebih. dahtu media lak duk siar cerita depa ja. kata best world player punya team la, pemain muda berbakat tinggi la, alih2 takleh watpa sangat pun untuk contribute for nation. tak macam dulu2, kalu kata pegang title pemain terbaik donia, sahih power nya bukan takat kelab, tapi kat negara jugak. hat ni baru la world class betoi2. amik contoh lani la, takat la hat duk menang title tu, messi dengan CR ja. dua2 memang takleh nafi la power kat kelab masing2, tapi mai negara, hmmm hampeh.

lepas aku duk teliti belek2 team2 copa america ni, yang mengejutkan aku adalah mexico. selamba ja hantaq 2nd team ja. mungkin nak bagi rehat kot kat player2 senior tambah2 lepas menang gold cup aritu. hat kenai dalam team mexico pun nu player spurs, dos santos. hat len kelam habih heheh. lagi menarik adalah satu team hat senyap2 ja perform kat copa america iaitu venezuela. sapa sangka lepas abih 2 group matches, depa leh duk atas. cuma last group match ja kantoi skit. tapi still bleh masuk suku akhir. dahtu kat suku akhir pagi tadi, selamba ja menang dengan chile. ala, chile tu tengah hot lani maklumla ada player yang jadi rebutan ramai, sapa lagi kalu bukan alexis sanchez. sorang pun aku tak kenai player venezuela ni.

suku akhir kemarin pun kira kejutan jugak la bila peru bleh menang dengan colombia. kira ganas jugak la peru ni. kalu tak salah, 1st time kot masuk semi final lepas 50 tahun. hat dalam team peru tu, aku kena juan manuel vargas la. player yang men posisi winger kat fiorentina. power jugak mamat ni. liverpool pun penah ada kabaq angin dengan vargas ni. 

apapun, copa america kali ni memang cukup menarik. peru, uruguay, venezuela dan paraguay masing2 akan berentap kat separuh akhir. mungkin lepas2 ni, ramai la kot team2 eropah yang akan mai tempek usha2 player2 ni untuk dibeli bagi musim depan hat akan mula bulan lapan ni. yang pasti, hampir kesemua pemain2 yang kononnya world class, bakat besar, potensi tinggi, skillfull, semua pakat tonggek abih.

ni keputusan suku akhir copa america

argentina 1 (higuain) - uruguay 1 (perez)
uruguay menang menerusi penalti 5-4

colombia 0 - peru 2 (lobaton, vargas)

brazil 0 - paraguay 0
paraguay menang menerusi penalti 2-0

chile 1 (suazo) - venezuela 2 (vizcarrondo, cichero)

2 ulasan:

  1. tu la...indah khbar dr rupa ja..first gme argentina aritu tgok men..aduh karut jaa,pas berterabur,maklum la nk men game ala-barca iaitu mengikut kesesuaian game messi..ntah la lps ni mybe coach brazil dgn argentina x senang duduk laa. tambah2 brazil nxt world cup tmpt sendiri nti.so mesti la nk skuad yg mantap untk menang wc..huhu

    BalasPadam
  2. tu la pasai. nak main 433 punya la nak bagi messi ni tunjang team. last2 tak jadi langsung pun. argentina ni kalu ikut aku kena pakai ja 442. anchor kat tengah mesti cambiasso. baru la jadi. cam WC aritu ok la jgk bagi veron men. tapi bila tukaq mai 433. hampeh teruih...

    BalasPadam