Selasa, 5 Julai 2011

Sembang bola - man city

kalau kita mengikuti pembelian2 yang pernah dilakukan oleh man city, sebenarnya ketika ini seolah2 man city sedang cuba membolehkan skuadnya mendaki tangga status kelab besar di england dengan melemahkan pasukan2 lawan. sebelum kemasukan jutawan arab ke man city, mereka hanya mampu berada di kedudukan 8-10 setiap kali berakhir saingan BPL, pasukan2 seperti everton, blackburn, aston villa dan spurs berada di atas mereka. sebaik sahaja man city mempunyai kekayaan untuk membeli sebarang pemain, mereka mula mendapatkan pemain2 dari kelab tersebut. sebagai contoh, man city membeli joleon lescott dari everton kononnya untuk memperkuatkan barisan pertahanan. selain lescott, man city juga turut mendapatkan roque santa cruz dari blackburn. penghijrahan gareth barry dan james milner dari aston villa merupakan pembelian yang dilihat untuk melemahkan pasukan lawan. pada hakikatnya, hanya sebilangan sahaja pemain yang dibeli oleh man city mendapat tempat dalam skuad utama. selebihnya hanya memanaskan bangku simpanan atau dipinjamkan kepada kelab lain. yang lebih teruk, pemain tersebut dilepaskan secara percuma atau dijual dengan harga yang murah.

kini apabila man city sudah berupaya bersaing untuk slot empat kelab teratas, mereka mensasarkan pula pemain2 dari kalangan kelab2 tersebut. perkara ini jelas dilihat apabila man city berjaya mendapatkan fullback arsenal, gael clichy. clichy boleh dikatakan nadi utama arsenal yang telah menunjukkan persembahan yang baik sejak 1 2 musim lepas. selepas clichy, man city turut berminat untuk membawa seorang lagi pemain arsenal, samir nasri. sudah pasti man city akan menggunakan kelebihan kewangannya dengan menawarkan gaji yang jauh lebih mahal kepada nasri memandangkan seteru setempat man city, MU juga berkeinginan untuk mendapatkan nasri. apa yang dikhabarkan ketika ini adalah kedua2 kelab machester bersedia untuk menawarkan arsenal 20 juta pound untuk membeli nasri.

walaupun clichy merupakan fullback yang bagus, tetapi aku rasakan bahawa dia akan menghadapi kesukaran untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama man city. ini adalah kerana untuk posisi tersebut, man city mempunyai seorang lagi pemain yang bagus iaitu kolarov. selain kolarov, zabaleta turut berkemampuan untuk bermain di posisi leftback. 

berita terbaru mengatakan penyerang handalan man city, carlos tevez telah menyatakan hasratnya untuk keluar dari man city dalam jangka masa terdekat. ini sekaligus bakal menyebabkan man city terpaksa mencari pengganti bagi tevez. aku yakin, man city akan berbelanja besar jika tevez benar2 keluar dari man city. yang pasti, penyerang MU, wayne rooney sudah berada di luar senarai penyerang yang dikehendaki oleh man city setelah hampir mendapatkan rooney pada tahun lepas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan