Khamis, 21 Julai 2011

Sekilas pandang

1. pemain man city, vincent kompany dan mario balotelli berkata pasukan mereka tidak memerlukan kehadiran kapten man city, carlos tevez untuk memenangi sebarang kejuaraan. itupun jika tevez benar2 melangkah keluar dari man city.

2. pemain tengah arsenal, denilson telah menyertai semula kelab lamanya, sao paulo secara pinjaman untuk satu musim.

3. pengurus SAF berkata beliau memahami sekiranya penyerang MU, dimitar berbatov ingin berpindah ke kelab lain kerana ketika ini gandingan rooney dan chicharito merupakan pasangan utama serangan MU.

4. bekas pemain MU, david beckham akan beraksi bersama2 bekas pemain arsenal, thierry henry dalam skuad MLS all-star untuk bertemu dengan MU dalam perlawanan persahabatan.

5. dua gol dari penyerang liverpool, luiz suarez sudah cukup untuk membawa uruguay ke perlawanan akhir copa america apabila pasukannya berjaya mengalahkan peru dengan keputusan 2-0.

6. pemain muda sensasi southampton, alex-oxlaide chamberlain menganggap dirinya sudah bersedia untuk bermain dalam BPL, mengikut jejak langkah bekas pemain kelabnya iaitu gareth bale dan theo walcott.

7. kelab brazil, corinthians tidak sempat menyempurnakan pembelian penyerang man city, carlos tevez apabila gagal membuat penawaran setelah tingkap perpindahan bagi bola sepak brazil tamat pada 20 julai yang lalu.

8. menurut pengurus MU, SAF, penjaga gol baru MU, david de gea tidak akan menjadi penjaga gol utama MU buat masa ini dan akan bersaing dengan penjaga gol MU yang lain seperti tomasz kuszczak dan anders lindegaard.

9. pengurus spurs, harry redknapp berminat untuk mendapatkan penyerang man city, emmanuel adebayor secara pinjaman untuk satu musim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan