Isnin, 25 Julai 2011

Kompilasi berita

1. pemenang tempat ketiga piala dunia 201, uruguay telah mencatatkan rekod apabila mengecapi kejuaraan copa america buat kali ke15. dalam perlawanan akhir, uruguay mengalahkan pasukan uderdog, paraguay dengan keputusan 3-0 menerusi jaringan pasangan penyerang berbisanya iaitu diego forlan dan luis suarez.

2. FIFA telah menjatuhkan hukuman pergantungan seumur hidup ke atas mohamed bin hammam setelah didapati bersalah menggunakan rasuah wang ketika bertanding untuk merebut jawatan presiden FIFA pada tahun 2008.

3. pengurus newcastle united. alan pardew berkata beliau yakin bahawa pemain tengahnya, joey barton akan kekal di Newcastle walaupun barton dikaitkan dengan perpindahan ke MU.

4. fullback MU, patrice evra telah meminta rakan senegaranya yang beraksi dengan arsenal, samir nasri untuk menyertai dirinya di OT dan menolak segala tawaran yang diberikan oleh arsenal dan man city. baru2 ini, nasri dikatakan telah menolak tawaran baru arsenal iaitu sekitar 115 ribu pound seminggu.

5. penyerang man city, mario balotelli telah menimbulkan pertelingkahan terbaru dengan pengurusnya, roberto mancini apabila menunjukkan ketidakpuashatinya selepas dikeluarkan ketika aksi dalam perlawanan persahabatan man city dengan LA galaxy. mancini mengeluarkan balotelli selepas melihat balotelli cuba membuat aksi 'back-heel' yang tidak menjadi seterusnya menimbulkan kemarahan mancini.

6. dalam perlawanan merebut tangga ketiga dan keempat copa america, peru telah menewaskan pasukan kerdil, venezuela dengan keputusan 2-0. ini sekaligus prestasi yang paling memberangsangkan yang pernah ditunjukkan oleh peru dalam sejarah copa america.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan