Jumaat, 8 Julai 2011

 

1. kini telah sah bahawa duo pemain MU, wes brown dan john o'shea menyarung jersi sunderland bermula musim hadapan dengan yuran perpindahan melibatkan 7 juta pound. mereka berdua bakal menyertai kuartet bekas pemain MU di sunderland iaitu frazer campbell, kieran richardson dan phil bardsley. setakat ini, seramai 7 pemain baru telah diperoleh oleh sunderland sebagai langkah untuk memperkuat dan memperkemaskan pasukan.

2. pengurus leicester city, sven goran eriksson berminat untuk mendapatkan khidmat bekas pemain MU, owen hargreaves bagi saingan liga kejuaraan musim depan. dikatakan eriksson menunjukkan minatnya terhadap hargreaves selepas melihat aksi kecergasan hargreaves dalam videoklip di youtube.

3. pemain sayap MU, luis valencia telah mengalami kecederaan ketika beraksi bersama negaranya ecuador dalam kejohanan piala copa america. kecederaan tersebut dialami setelah kaki valencia telah dipijak oleh pemain lawan. valencia dikhuatiri pada awalnya akan berehat panjang kerana kakinya membengkak namun fisiologi pasukannya mengesahkan valencia mungkin dapat beraksi bagi perlawanan ecuador menentang brazil nanti.



4. aston villa dalam usaha untuk mendapatkan penjaga gol man city, shay given dengan tawaran 4 juta pound. tawaran permulaan aston villa 2.5 juta pound ke atas penjaga gol berusia 35 tahun sebelum ini ditolak oleh man city.

5. emmanuel adebayor merupakan salah seorang daripada tujuh pemain yang dikatakan tidak akan mendapatkan tempat dalam skuad utama man city pada musim depan. enam pemain lagi adalah craig bellamy, shay given, nedum onouha, michael johnson, wayne bridge dan roque santa cruz. nasib mereka di man city masih lagi tidak menentu. adebayor ingin keluar dari man city tetapi man city meletakkan harga yang tinggi terhadapt dirinya iaitu sekitar 14 juta pound.

6. pemenang 3 kali anugerah pemain terbaik dunia, zinedine zidane telah dilantik sebagai pengarah bola sepak real madrid yang baru. bekas lagenda perancis berusia 39 tahun itu dikatakan akan bekerjasama dengan pengurus real madrid, jose mourinho bagi meningkatkan lagi prestasi kelab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan