Selasa, 26 Julai 2011

Berita ringkas

1. pengurus MU, SAF telah memberitahu media bahawa beliau tidak bercadang untuk membuat pembelian pemain baru selepas kehadiran tiga pemain baru ke OT pada musim panas ini.

2. pemain tengah man city, nigel de jong memberikan nasihatnya kepada rakan sepasukan, mario balotelli agar lebih serius dan jangan mempersiakan bakat yang ada padanya dengan aksi suka menunjuk2 dan melawan arahan pengurus pasukan.

3. spurs meletakkan harga 9 juta pound ke atas penyerangnya, peter crouch kerana ingin mendapatkan kembali wang yang telah dibayar oleh spurs kepada portsmouth ketika membeli crouch.

4. penjaga gol chelsea, petr cech berharap pengurus barunya, AVB mempunyai kredibiliti dan kehebatan yang setanding dengan jose mourinho jika ingin terus memegang jawatan panas chelsea tersebut.

5. aston villa sedang menghampiri untuk mendapatkan pemain sayap wigan athletic, charles n'zogbia dengan melibatkan yuran perpindahan 9.5 juta pound.

6. bekas pemain MU, david beckham berpendapat bahawa hanya pemain tengah inter milan, wesley sneijder yang layak untuk menjadi pengganti bagi maestro tengah MU, paul scholes.

7. dua bekas pemain MU, alan smith dan owen hargreaves kini sedang dipancing oleh kelab2 dari amerika syarikat.

8. man city sedang berusaha keras untuk mendapatkan penyerang atletico madrid, sergio aguero dengan tawaran sekitar 40 juta pound.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan