Jumaat, 29 Julai 2011

Kompilasi berita terbaru / terlama (heheh)

1. jurulatih argentina, sergio batista meletakkan jawatan setelah kegagalan argentina untuk memberikan persembahan yang baik ketika berlangsung Copa America di mana argentina tersekat pada saingan suku akhir selepas kalah kepada uruguay.

2. penyerang MU, chicharito dijangkakan akan berehat selama dua minggu selepas mengalami kecederaan kepala ketika menjalani latihan bersama pasukannya. akibat daripada kecederaan tersebut, chicharito akan terlepas aksi dalam perlawanan Community Shield menentang man city yang akan berlangsung pada 7 ogos ini.

3. penyerang argentina, sergio aguero telah melengkapkan perpindahannya dari kelab lamanya, atletico madrid untuk menyertai man city dengan melibatkan yuran perpindahan sekitar 40 juta pound. aguero dilihat sebagai persediaan man city untuk mengisi ruang di bahagian serangan yang akan dikosongkan oleh carlos tevez yang ingin berhijrah ke kelab lain pada musim panas ini.


Aguero menayangkan jersi yang akan dipakainya

4. inter milan dikatakan sedang berusaha untuk menjual pemain tengahnya, wesley sneijder bagi menjana kewangan untuk mendapatkan khidmat penyerang man city, carlos tevez.

5. liverpool telah mengalami kekalahan 0-3 kepada kelab turki, galatasaray dalam aksi perlawanan persahabatan. gol2 galatasaray dijaringkan oleh bekas penyerang liverpool, milan baros dan bekas penyerang bolton wanderers, johan elmander.

6. ketika mengadakan jelajah di USA, MU telah dijemput untuk membuat lawatan ke white house. walaubagaimanapun, presiden USA, barrack obama tidak berkesempatan untuk menemui skuad MU atas kesibukan kerja.

Skuad MU bergambar di White House

7. arsenal diberitakan akan membelanjakan 34 juta pound untuk mendapatkan dua pemain iaitu juan mata dan phil jagielka. mata yang juga merupakan pemain sayap valencia dikhabarkan akan menyertai arsenal dengan yuran perpindahan 19 juta pound manakala 15 juta pound untuk perpindahan jagielka dari everton.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan