Selasa, 5 Julai 2011

Sembang bola - arsenal

kalau diikutkan berita terbaru, arsenal telahpun melepaskan pemain pertama dari tiga pemainnya yang menjadi sasaran pasukan lain. tonggak utama arsenal musim lepas iaitu gael clichy telah menyertai man city melibatkan yuran perpindahan sekitar 7 juta pound. setelah berada di arsenal selama 6 musim, clichy dilihat kecewa kerana berpendapat arsenal masih lagi tidak berkemampuan menjulang sebarang kejuaraan buat jangka sama yang agak lama (tapi takla selama liverpool heheh). titik mulanya keinginan clichy untuk berhijrah keluar dari arsenal adalah apabila arsenal tewas dalam perlawanan akhir piala carling di tangan birmingham city. 

selepas perpindahan clichy, arsenal masih lagi berdebar2 dengan destinasi dua lagi pemainnya iaitu samir nasri dan cesc fabregas. kedua2 mereka telah menyatakan hasrat ingin keluar dari arsenal. sejak 3 musim lalu, barcelona telah berminat untuk mengambil semula bekas pemain akademinya, fabregas untuk kembali ke kelab catalan tersebut. fabregas turut berkeinginan untuk pulang ke sepanyol. namun pengurus arsenal, arsene wenger tampak tidak mahu melepaskan aset berharganya itu dan cuba meletakkan yuran perpindahan yang tinggi ke atas fabregas. namun begitu, fabregas dijangkakan akan menamatkan penantian barcelona pada musim panas ini.

bagi samir nasri pula, dengan kontrak lamanya hanya tinggal 12 bulan sahaja lagi, kontrak baru yang ditawarkan oleh arsenal kepadanya masih belum cukup memandangkan nasri berkehendakkan gaji yang lebih kurang sama dengan fabregas. selain itu, nasri juga beranggapan arsenal gagal untuk mendapatkan pemain2 yang berkaliber untuk menjadikan pasukan lebih kuat bagi bersaing untuk sebarang kejuaraan. setelah menyertai arsenal dari marseille, nasri telah menunjukkan prestasi cemerlang pada musim lepas. pengalaman dan kemahiran yang ada pada nasri merupakan sesuatu yang amat berharga buat kelab seperti MU dan man city. MU benar2 berminat untuk mendapatkan nasri kerana dilihat layak untuk menjadi successor kepada maestro MU, paul scholes selepas beberapa pemain sasaran lain kelihatan agar sukar untuk diperoleh. 

bekas pemain arsenal, nigel winterburn telah menyatakan kebimbangannya terhadap skuad arsenal. ini adalah kerana winterburn melihat arsenal seakan2 cuba melemahkan diri sendiri dan pada masa yang sama cuba menguatkan pasukan lawan. jika arsenal kehilangan clichy, nasri dan fabregas serentak pada musim panas ini, arsenal bakal menghadapi masalah besar kerana sudah pasti wenger berhadapan kesukaran untuk mencari pengganti yang sesuai. 

seperti yang kita lihat pada musim lepas, walaupun dibarisi oleh tiga pemain ini, arsenal masih belum mampu untuk memberikan cabaran yang sepatutnya. arsenal mengalami kelemahan ketara di bahagian pertahanan dan serangan kerana masalah kecederaan pemain2 utama. peminat2 arsenal telah meminta wenger untuk mengatasi kelemahan tersebut dengan mendapatkan pemain2 yang berpengalaman tetapi wenger enggan berbuat demikian. akibatnya, arsenal kemarau piala buat 6 tahun berturut2. jika tiada tindakan drastik daripada wenger untuk musim panas ini untuk berbelanja besar bagi membawa pemain2 baru, arsenal bukan sahaja kehilangan tonggak2 utama mereka, malah akan sukar untuk bersaing pada musim hadapan tatkala pasukan2 besar lain seperti MU, man city dan chelsea sedang memperkuatkan pasukan masing2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan