Isnin, 12 Disember 2011

Review: MU vs Wolves

Keputusan perlawanan:

Manchester United 4
Luis Nani 17', 56'
Wayne Rooney 27', 62'

Wolverhampton Wanderers 1
Steven Fletcher 47'


Ulasan perlawanan:

rooney seolah2 meraikan pengurangan pergantungannya dari tiga kepada dua perlawanan dengan menjaringkan dua gol untuk membantu MU menebuskan kehampaan tersingkir dari saingan UCL musim ini. setelah kemarau gol hampir tiga bulan, rooney kembali menyengat sementara nani juga turut mengembalikan prestasi sepertimana di awal musim.

walaupun beraksi di halaman sendiri, MU boleh dikatakan beraksi di bawah tekanan kerana dihantui kegagalan dalam dua pertandingan di samping keinginan para peminat MU untuk melihat MU mencatatkan kemenangan. mujur, nani berjaya meredakan tekanan tersebut apabila menjaringkan gol pertama menerusi gerakan solo yang cantik tatkala perlawanan baru melepasi 15 minit pertama. MU berjaya menambahkan jaringan kedua menerusi rooney yang membuat rembatan deras melepasi jangkauan penjaga gol wolves. separuh masa pertama berakhir dengan MU mendahului wolves 2-0 walaupun MU menguasai sebahagian besar permainan.

kelekaan bahagian pertahanan MU di awal babak separuh masa kedua telah menyaksikan wolves memperoleh gol melalui tandukan penyerangnya, fletcher. gol tersebut memberikan tamparan buat MU yang seterusnya memperkemaskan permainan. serangan demi serangan dilancarkan dan hasilnya MU memperoleh semula defisit dua gol apabila nani menjaringkan gol ketiga MU. nani mudah menolak masuk bola ke dalam gawang wolves selepas menerima hantaran lintang valencia. kecemerlangan MU dalam perlawanan tersebut dilengkapkan dengan gol keempat MU yang disumbangkan oleh rooney menerusi sepakan menarik 'half volley'.

terdapat beberapa perkembangan positif berdasarkan persembahan MU terbaru ini. gandingan carrick dan jones tampak begitu stabil di mana carrick tenang mengemudi bahagian tengah dan menggerakkan permainan MU manakala jones bijak mengganggu rentak permainan wolves dan kerap melakukan larian ke atas untuk membantu serangan. di samping itu, valencia juga kembali menunjukkan kemampuannya bermain di bahagian sayap. banyak gerakan dan hantaran lintang yang dilakukan oleh valencia mengucar-kacirkan pertahanan wolves. begitu juga nani yang menunjukkan corak permainan yang berbeza daripada sebelum ini.

kehadiran welbeck ke dalam kesebelasan utama membolehkan rooney bergerak bebas dalam kotak penalti lawan kerana welbeck bersedia untuk turun sedikit ke bawah dan membenarkan rooney beroperasi lebih ke hadapan. keadaan ini tidak berlaku apabila penyerang lain bergandingan dengan rooney memandangkan rooney terpaksa menjadi penghubung antara bahagian tengah dan serangan seterusnya mengakibatkan MU kekurangan sengat untuk memburu gol.

ketiadaan vidic di bahagian pertahanan tidak begitu dirasai kerana evans dilihat menampung kekosongan vidic. mungkin ada di antara kita berkata evans beraksi baik kerana hanya berhadapan dengan wolves, tetapi bagi aku, evans sekali lagi boleh diharapkan setiap kali dipanggil untuk beraksi. yang dirisaukan adalah evra yang dilihat seperti punca kelemahan MU. ferdinand juga tampak telah kembali memaparkan prestasi terbaiknya. smalling turut bermain dengan baik dan berkesan ketika membantu valencia menggerakkan bahagian kanan MU. prestasi evra pula tidaklah begitu memberangsangkan. mengikut pandangan aku, jika pasukan lawan bijak mengeksploitasikan ketinggian evra menerusi hantaran2 tinggi, MU pasti akan bolos. DDG boleh diberikan pujian namun DDG perlu berkomunikasi lebih efektif dengan barisan pertahanan jika ingin mengelakkan gawang gol MU daripada dibolosi.

secara keseluruhannya, MU dilihat bernafsu untuk memburu gol seterusnya mencatatkan keputusan kemenangan. semangat ini perlu diteruskan dan corak permainan pantas dengan hantaran2 yang kemas harus ditunjukkan dalam setiap perlawanan jika MU tidak mahu dikecewakan lagi. walaupun kemenangan ke atas wolves bukanlah boleh dibanggakan sangat dan tidak menjadi ubat kepada kekecewaan yang dialami sebelum ini, tetapi ianya boleh menjadi batu loncatan buat MU untuk terus memberikan persembahan yang lebih bertenaga.


Pemain terbaik perlawanan:  

Wayne Rooney


Gambar perlawanan:

 Gol pembukaan dijaringkan oleh Nani

 Rooney menambahkan gol MU menerusi rembatan deras

 Nani menjaringkan gol ketiga MU

Gol keempat yang dijaringkan rooney menerusi penyudahan yang cantik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan