Jumaat, 23 Disember 2011

Preview: MU vs Wigan Athletic


MU akan menjadi tuan rumah bagi melayan kunjungan Wigan Athletic (Wigan) sehari selepas sambutan Hari Natal yang turut dikenali sebagai 'Boxing Day'. MU dilihat tidak menghadapi masalah dalam pertemuan dengan Wigan memandangkan ketika ini Wigan berada di kalangan tiga pasukan tercorot dalam carta BPL. Jadi, MU seharusnya mengambil peluang keemasan ini untuk mencatatkan kemenangan bagi memastikan tekanan terus diberikan ke atas Man City.

MU akan menerima kembali Ferdinand dalam kesebelasan utama setelah Ferdinand diketepikan bagi perlawanan menentang Fulham akibat mengalami sedikit kecederaan ringan. Kudrat dan pengalaman yang dimiliki oleh Ferdinand benar2 ditagih oleh MU terutamanya selepas kehilangan Vidic yang tersisih dari beraksi untuk musim ini. Evans yang setakat ini memberikan persembahan yang baik dan konsisten akan digandingkan dengan Ferdinand di pertahanan tengah. Di belakang mereka berdua, pastinya DDG yang kembali disenaraikan selepas direhatkan. Smalling dan Evra seperti biasa akan beraksi di posisi rightback dan leftback.

Jones yang tidak mengalami kecederaan teruk dan boleh beraksi dalam perlawanan Isnin ini akan digunakan sepenuhnya oleh SAF bagi membolehkan Giggs direhatkan. Carrick pastinya mengekalkan tempatnya di bahagian tengah dan berpasangan dengan Jones. Dengan aksi cemerlang sejak akhir2 ini, Valencia dan Nani turut memastikan posisi mereka dalam kesebelasan utama tidak tergugat. Pada pendapat aku, Young masih lagi tercari2 rentaknya semula memandangkan ketika ini Young dilihat bermain secara berhati2 dan tidak berani untuk melakukan pergerakan secara agresif.

Rooney yang ketika ini sedang 'meletup' mustahil untuk diketepikan. Rooney berkemungkinan akan bergandingan semula dengan Chicharito kerana dalam pertemuan bertemu Wigan, MU memerlukan penyerang yang mampu membuat larian2 yang mengelirukan barisan pertahanan serta tajam dalam menyudahkan peluang yang dicipta. Berbanding ketika menentang Fulham yang memiliki pertahanan mantap dan tinggi, Welbeck tampak mempunyai sedikit kelebihan daripada Chicharito. 

Pada perlawanan ini, Valencia semestinya ingin memberikan persembahan yang bagus ketika menentang kelab lamanya. Walaubagaimanapun, Wigan merupakan pasukan yang mampu menyekat kemaraan kelab2 besar sepertimana yang telah ditunjukkan ketika Wigan mencatatkan keputusan seri dengan Liverpool dan Chelsea. MU seharusnya berwaspada dengan pemain tengah, Jordi Gomez yang menjadi perancang utama Wigan di samping pemain sayap, Victor Moses yang mempunyai larian pantas. Selain itu, Wigan juga akan membariskan semula penyerang sensasinya, Rodallega yang baru pulih dari kecederaan.

MU perlu menggunakan kelebihan beraksi di halaman sendiri untuk mencatatkan kemenangan ke atas Wigan. Dengan sorakan daripada ribuan penyokong di OT, semangat MU pastinya berkobar2 dan akan menyajikan persembahan yang baik. Aku menjangkakan MU akan mengamuk di OT dengan mengalahkan Wigan 5-0 di mana Rooney mencatatkan nama sebagai penjaring hatrik dan dua gol disumbangkan oleh Chicharito.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan