Rabu, 7 Disember 2011

Keputusan UCL: matchday 6 - EFGH


- chelsea yang sebelum ini tertekan untuk layak ke peringkat kalah mati berjaya menempatkan diri selaku juara kumpulan apabila menewaskan valencia 3-0.

- bayer leverkusen terlepas untuk menjadi juara kumpulan E apabila sekadar seri 1-1 dengan genk. bayer leverkusen akan mewakili kumpulan E bersama2 chelsea ke peringkat kalah mati.

- dengan membariskan pemain2 simpanan dalam kesebelasan utama, arsenal mengalami kekalahan 1-3 di tangan olympiakos tetapi masih mampu melayakkan diri selaku juara kumpulan F.

- sepertimana arsenal, marseille juga yang telah mengesahkan tempat ke peringkat kalah mati pada matchday 5 mencatatkan kemenangan 3-2 ke atas borussia dortmund selepas bangkit dari ketinggalan dua gol.


- dalam kumpulan G, zenit st petersburg akan menyertai kelab cyprus, apoel nicosia apabila keputusan seri 1-1 dengan porto membolehkan zenit memperoleh 1 mata melebihi porto.

- apoel nicosia yang merupakan kelab kejutan UCL musim ini layak ke peringkat kalah mati selaku juara kumpulan G walaupun tewas 0-2 di tangan shakhtar donesk.

- barcelona telah menjadikan perlawanan bertemu bate borisov sebagai pemanas badan sebelum beraksi dalam el classico di mana barcelona mencatatkan kemenangan 4-0 ke atas bate borisov.

- ac milan menamatkan saingan kumpulan G di tempat kedua di belakang barcelona apabila sekadar seri 1-1 dengan viktoria plzen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan