Jumaat, 9 Disember 2011

Kegagalan, kelemahan, kekuatan, kehilangan, kecederaan, dan ke macam-macam lagi


kali ni aku nak sembang skit merapu balik pasai MU. bila nak sembang merapu merepek ni, rasanya tak sesuai la untuk aku guna bahasa elok2, baku. better guna bahasa pasaq, lebih mudah untuk aku intepret dan hurai panjang, sebab belasah ja, loghat utagha, bahasa rojak dan sebagainya. jadi hat mana baca tu, coba dan buat2 pandai bagi paham la no. kalu yang dah paham tu, good job la kat hangpa hahahah.

co habaq tengok mana fan MU hat tak kecewa baru ni. adaka hat duk terlompat terkinja seronok sakan bila MU tak layak pi peringkat kalah mati. sahih tadak punya la. bukan apa, MU patut bleh layak sebab kena undi dengan team yang takla kuat sangat. alih2 MU tersungkoq. tapi yang mujoqnya, MU ni takla terkeluaq teruih. bleh la lagi compete dalam saingan kat europe. cuma saingan tu kira 2nd class la. tapi nak wat camna, dah nasib. kurang2 benda hat ok pun, MU bleh pulun satu2nya piala yang tak penah depa dapat lagi. mana tau, kot2 2012 ni rezeki kat eropah hanya piala 2nd class tu. mokata UCL tu, tak tentu lagi bleh dapat ka dak sebab ada lagi team2 hat kuat cam barcelona, real madrid, ac milan, etc. sori ya buat peminat2 arsenal dan chelsea, aku tak expect dua wakil england ni bleh jadi juara UCL. kenapa? rasanya hangpa bleh pakat2 jawab sendiri la hahaha.

bagi aku, MU memang patut salahkan diri sendiri sebab tak layak. ha la, dua kali pi seri kat OT bilamana duk tengah leading. MU leading 2-0 tu dengan benfica dan FC basel. last2 leh pi seri. dari patut dapat enam point, dapat dua ja. beza sangat tu. bukannya kita semua tak tau, 10 point dah cukup dah nak konfemkan diri layak. tapi dah MU pi seri ja dua game tu, tanggung sendiri la. nak pulun hujung2 memang payah la. ni eropah la beb. yang masuk tu bukannya kelab2 cikai, kebanyakan juara liga masing2.

dah la dengan perform teruk terutamanya lepas kena kitai dengan man city, MU lani kena face masalah injury lak. bukannya sorang dua, tapi nu sembilan orang. skit punya ramai ka. lagi dua out, mau cukup satu team. satu team tu. hat back-up plak duk nampak cam karut. bukannya takleh pakai, tapi selalunya output dia tak sama cam pemain2 len. mujoq la pemain2 yg duk bleh men lani, bleh men lebih dari satu posisi. so taklah ralat sangat.

mau tak mau, SAF kena bawak masuk pemain baru bulan satu ni. tak kisah la, pinjam ka, beli ka. janji ada yang masuk. bab pinjam, bukannya MU tak penah buat. tu macam loan henrik larsson 3 4 season lepas. main dalam 10 game ja, tapi impak tetap ada. jadi, aku rasa why not SAF amik la beckham masuk balik MU ni. time terdesak ni, asai hat bleh main sudah. beckham pun, setua2 dia pun, bleh jugak hayun kaki buat cross baik punya. benda free, amik pun tak la rugi sangat.

kalu bab nak beli player, takat la aku tadak lagi dalam pala otak sapa yang MU nak beli. rumours tu banyak la. tapi hat betoi2 MU nak, tak nampak bayang lagi. yang aku nampak adalah pemain kat posisi mana yang perlu SAF bawak masuk. defend, midfield dan striker. defend ni kalu bleh mau bleh main banyak posisi. nak sempoi, cari hat leh men leftback. bukan apa, nak bagi ada saingan skit kat evra. kasi dia up skit dia punya game. ni dak, tadak orang len leh celen dia. harap kat adik beradik kembaq tu, buang masa ja. kerap aiihh cedera. kalau depa btoi2 fit, memang la benefit banyak kat MU. tapi bila dua2 out, jenuh jugak la nak cari back-up. untuk midfield lak, aku takmo hat terer buka game. aku lebih prefer kalau MU dapat cari seropa cam keane. jenih ada attitude midfield. diehard, brani mati punya olang. duk nampak jones cam spesis ni. tapi rasa rugi lak duk deploy ja jadi midfield sebab duk nampak kelebihan dia jadi defend lagi. untuk striker lak, kalu dapat hat tua pun takpa. tak kisah la sapa pun. yang penting kalau dia main sub sekali pun, bleh bagi kesan. rugi la kalu ada pemain banyak tapi takleh nak sumbang apapun kat team.

cukup la kot sembang secara general. nanti2 aku sembang fokus kat pemain lak. bukan apa, saja nak luahkan pendapat hehehe.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan