Rabu, 21 Disember 2011

Latest team news / transfer gossips: Manchester United


1. Pogba dikatakan berkeinginan untuk bersaing bagi merebut tempat dalam skuad utama MU. Walaupun kontrak Pogba bersama MU akan tamat hujung musim ini dan dikaitkan dengan perpindahan ke Inter Milan, namun SAF masih ingin memberikan peluang kepada Pogba untuk menyinar di MU. 

2. Jurulatih MU, Rene Meulensteen mendedahkan bahawa MU sedang memantau perkembangan yang ditunjukkan oleh pemain muda Denmark, Christian Eriksen. Eriksen yang turut merupakan pemain tengah Ajax Amsterdam baru berusia 19 tahun telah menunjukkan prestasi yang cemerlang ketika ini dalam aksi liga Belanda.

3. Berdasarkan agen pemain, MU diberitakan telah mengadakan rundingan dengan Benfica bagi membincangkan tentang perpindahan pemain tengah, Nicolas Gaitan. Ini adalah kerana SAF dikatakan cuba memperkuatkan bahagian tengah MU dan MU bersedia membayar sekitar 29 juta pound bagi mendapatkan Gaitan.

4. Liverpool dikhabarkan berjaya menewaskan MU dalam usaha mendapatkan pemain muda Wycombe yang berusia 16 tahun iaitu Jordan Ibe. Ibe tertarik untuk menyertai Liverpool selepas diajak oleh Kenny Daglish.

5. MU memiliki lebih kurang 10 hari sahaja lagi untuk menentukan nasib Berbatov sama ada terus kekal di MU ataupun hilang secara percuma pada penghujung musim ini. Walaupun, MU meletakkan klausa mengatakan bahawa kontrak Berbatov boleh disambungkan lagi untuk tambahan 12 bulan, tetapi tiada sebarang tindakan diambil oleh MU buat masa ini.Terdapat sekurang2nya dua kelab ingin mendapatkan Berbatov iaitu Fulham dan Galatasaray.

6. Pemain tengah Man City, David Silva mengakui bahawa MU tidak akan berputus asa untuk memberikan cabaran sengit kepada kelabnya bagi merebut kejuaraan BPL musim ini. Silva berharap kelabnya mampu mengelakkan sebarang keputusan yang tidak menggembirakan bagi memastikan MU tidak dapat memintas mereka dalam carta BPL.

7. SAF dikatakan sedang mendahului dalam saingan tiga penjuru untuk mendapatkan penjaga gol muda Sheffield United, George Long. Selain MU, Arsenal dan Aston Villa turut berminat untuk mendapatkan penjaga gol berusia 18 tahun itu yang diletakkan harga sekitar 3 juta pound.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan