Isnin, 19 Disember 2011

Europa League draw - Round of 32 and 16


Untuk saingan Europa League (EL) di peringkat kalah mati, MU telah diundi untuk bertemu kelab gergasi Belanda, Ajax Amsterdam di mana MU akan beraksi terlebih dahulu di halaman lawan pada perlawanan pertama dan kembali ke OT untuk perlawanan kedua. Ajax yang turut menerima nasib yang serupa dengan MU iaitu tersingkir dari saingan UCL merupakan pasukan yang kuat kerana memiliki pemain2 muda yang berbakat. Pertemuan antara MU dengan Ajax boleh dikatakan antara perlawanan EL yang bakal menarik perhatian sekaligus menjadikan saingan EL musim ini menarik dan mencabar. Sekiranya MU berjaya melepasi cabaran Ajax, MU akan bertemu sama ada Lokomotiv Moscow atau Atletico Bilbao dalam Round of 16.

Walaubagaimanapun, MU masih berkemungkinan akan kembali ke saingan UCL musim ini apabila timbul kontroversi melibatkan FA Switzerland dengan FIFA. ini adalah kerana seteru utama FC Basel dalam liga Switzerland, Sion telah melanggar hukuman pergantungan perpindahan pemain yang dikenakan oleh FA Switzerland apabila mendapatkan enam pemain baru dalam tempoh hukuman tersebut. FIFA telah menyarankan agar FA Switzerland mengambil tindakan ke atas Sion disebabkan pelanggaran tersebut dan jika tiada sebarang tindakan diambil, FIFA akan menghalang mana2 pasukan daripada Switzerland untuk bertanding dalam sebarang kejohanan bola sepak. Ini akan menyebabkan FC Basel akan dinafikan penyertaannya dalam UCL seterusnya memberikan laluan kepada MU untuk menggantikan FC Basel di pusingan kalah mati. Ketika ini, SAF tidak memberikan sebarang komen terhadap kemungkinan tersebut dan lebih suka untuk memberikan tumpuan terhadap perlawanan sedia ada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan