Selasa, 13 Disember 2011

Good news for Tuesday


aku rasa ramai geng peminat MU pakat2 terghenyih tersenyum happy bila dapat tau jiran bising MU, man city tersungkoq di tangan chelsea. aku memang duk rasa chelsea dapat beat man city dan ternyata perasaan aku tu jadi realiti heheh. lani senang cakap, tekanan yang lani MU duk hadapi dah kurang skit sebab beban tekanan tu lani dah pindah ke man city.

bila dua team dari manchester ni out dari UCL, aku rasa MU dan man city akan fight gila babeng punya la untuk title BPL musim ini. apa taknya, MU duk pulun nak bagi 20 kali jadi juara manakala man city pulak nak la jugak merasa jadi juara lepas 44 tahun. kira seropa chelsea la masa menang 1st title kalu tak salah masa musim 2004/2005. bukan ka title tu, chelsea menang lepas 40 50 tahun last skali menang.

apapun, MU lani kena pulun betoi2 dah. ntahla, aku ni tak rasa nak ralat sangat kalu MU tak menang UCL, maklumla, team2 hat duk nak jadi juara tu, semuanya cekang2. tapi bila mai BPL ni, aku memang nak MU menang tiap2 musim. kot tak menang tu, berangin jugak la hahaha. jadi, MU kena konsentret bagi menang ja. cam besa la, bila nak sampai krismas dan tahun baru, tiap2 kali baru MU dah panas enjin. harap2 MU dapat capitalise performance masa menang 4-1 dengan wolves untuk game seterusnya.

game hujung minggu ni memang cukup tricky. bukan apa, QPR ni takleh nak bajet dia punya kekuatan. tapi takpa, mau tak mau, MU kena bagi menang. bukan apa, lani kan gap dah dua point. menang ja, automatik duk atas dengan leading satu mata. tak kisah la, menang 1-0 ja ka, apa ka, janji menang. bila menang, man city memang akan tertekan punya. dan pressure tu rasanya susah la nak tepih bila kena lawan arsenal yang tengah duk top form lani. duk baca dalam tenet, ramai jugak pundit duk bajet arsenal bleh menang dengan man city hujung minggu ini. tapi bagi aku, cukup la takat seri pun. mo menang, lagi baguih hahaha.

walaupun mungkin SAF tak bapa suka, tapi dia kena mengaku yang bekas kapten MU, roy keane memang sayang kat MU. apa taknya, punya la keane ni concern dengan MU, dia yang tadak kena mengena dengan MU lani, selamba ja sound pemain2 muda MU. benda yang sama dia pernah buat sebelum dia jejakkan kaki kluaq dari OT dulu. tapi as manager, SAF kena la defend player dia. bukan apa, kot SAF jadi nasik tambah, sekoq2 pakat makan ati, hah jenuh lak MU nak men nanti. tapi ada jugak football pundit ka, kegagalan MU dalam dua kejohanan ni berpunca dari SAF sendiri. depa kata patutnya SAF beli player yang dah bleh men, kira ada pengalaman banyak la. ni dak, pi beli young, DDG dan jones yang masing2 tadak langsung pengalaman men UCL. senang cerita pakat2 terkejut la dan teruih effect game. 

tapi tak kisah la, tak guna duk sembang benda yang dah lepas. dah kalah, nak wat genna. kena terima la. lani pulun hat duk ada. jangan duk main2 lagi. lani dah tiba masa untuk MU tekan minyak, pecut untuk collect tiga mata tiap2 game, itupun kalu ada hati nak jadi juara BPL musim ni la hahaha. pemain2 yang duk ada mesti la tunjuk semangat dan prestasi baguih. kalu tak dapat buat camtu, tunggu sajala pemain2 hat cedera ni pulih balik, hangpa bleh ucap bye bye la.

aku nak tulih pasai news terbaru MU pun, tak bapa nak ada news. besa2 ja. ada la cerita pasai MU berkenan dengan dua player benfica la, MU duk riki2 replacement evra la, macam2 lagi la. hat lawak plak kata liverpool mungkin akan buat fan dia marah sebab amik insurans dari syarikat yang sponsor MU, AON. sampai tara tu la punya rivalry hahaha. apa taknya, liverpool bayaq det kat AON, AON bagi lak kat MU. senang cakap, liverpool terpikat la dengan iklan AON kat jersi MU tu hahaha.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan