Jumaat, 30 Disember 2011

Review: MU vs Wigan Athletic

Keputusan perlawanan:

Manchester United 5
Park Ji-Sung 8'
Dimitar Berbatov 41', 58', pen 78'
Antonio Valencia 75'

Wigan Athletic 0


Ulasan perlawanan:

MU meneruskan rentak cemerlang untuk memperoleh kemenangan besar 5-0 menewaskan Wigan Atheltic (WA), mengulangi keputusan kemenangan yang dicatatkan ketika bertemu Fulham beberapa hari sebelum itu. Kecemerlangan MU bertambah manis apabila seteru utama kejuaraan BPL musim ini, tidak lain dan tidak bukan Man City hanya sekadar seri 1-1 dengan West Bromich Albion sekaligus kini MU berkongsi mata dengan Man City di tangga teratas carta BPL.

MU yang dihimpit masalah kecederaan yang teruk di kalangan pemain menyebabkan SAF terpaksa membuat rombakan besar2an terhadap kesebelasan utama MU. Carrick dan Valencia diletakkan di posisi pertahanan yang turut dibarisi oleh Evans dan Evra. Mujur kedua2 mereka mempunyai pengalaman pernah beraksi sebagai pemain pertahanan seterusnya tidak memberikan kesan yang terlalu banyak terhadap keseimbangan pertahanan MU. Valencia terutamanya menunjukkan aksi yang cemerlang apabila menjaringkan satu gol dan membantu menghasilkan dua gol bagi meneruskan aksi konsisten. Lindegaard pula berjaya berkongsi rekod 'clean sheet' dengan DDG musim ini. Mungkin kerana telah menggalas tugas selaku kapten pasukan, Evra kini dilihat kembali ke prestasi sebenarnya.

MU rasanya perlu berterima kasih dengan Giggs yang berjaya mengemudikan bahagian tengah MU dengan baik. Peranan Giggs dimainkan dengan berkesan oleh kerana bantuan yang diberikan oleh Gibson. Tetapi Gibson perlu mempergunakan peluang beraksi yang diberikan dengan sebaik mungkin jika ingin terus menyarung jersi MU. Nani dan PJS benar2 menghidupkan bahagian sayap MU menerusi larian2 yang bijak untuk mengucar-kacirkan pertahanan WA. Pertahanan WA seolah2 sukar membendung pergerakan penyerang2 MU.

Tatkala berada dalam situasi sukar kerana timbul kemungkinan akan dilepaskan oleh MU pada penghujung musim, Berbatov menampilkan persembahan yang menakjubkan apabila meledakkan hatrik buat MU. Berbatov yang kini berada di tempat keempat dalam senarai penyerang berjaya mengukuhkan kepercayaan yang diberikan oleh SAF dengan persembahan yang bagus. Walaupun tidak mencatatkan nama sebagai penjaring, Chicharito yang kerap membuat larian bagi membukan ruang membolehkan Berbatov menunjukkan ketajaman penyudahnya. 

Keseluruhannya, MU seperti biasa akan 'panas' menjelang perayaan hari Krismas dan sambutan tahun baru. SAF sendiri ingin melihat MU menerajui carta BPL sama ada berkongsi kedudukan atau memintas Man City dengan dijadikan hadiah hari lahir yang istimewa buat dirinya. Para pemain MU kini telah sedar bahawa semangat berpasukan diperlukan jika ingin memastikan MU menjadi juara BPL musim ini.


Pemain terbaik perlawanan:

Dimitar Berbatov

Tiada ulasan:

Catat Ulasan