Jumaat, 23 Disember 2011

Kecederaan Vidic dan Jones, rekod di tempat lawan dan penjaga gol


1. Agen kepada Vidic telah mengeluarkan kenyataan media bahawa kapten MU itu akan menjalani pembedahan dalam beberapa hari lagi bagi merawat kecederaan lutut yang dialaminya. Sepertimana diketahui, Vidic tidak akan beraksi lagi untuk musim ini dan perlu berehat panjang.

2. Rooney mengatakan bahawa MU telah melupakan prestasi buruk musim lepas di tempat lawan dan kembali menunjukkan persembahan yang baik dalam musim ini. Pada peringkat ini iaitu ketika hari Krismas musim lepas, MU hanya mampu mengutip 13 mata dari sepatutnya 27 mata semasa beraksi di halaman lawan di mana MU mempeoleh tujuh keputusan seri dan dua kemenangan. Namun, pada musim ini, MU berjaya mendapatkan 23 mata dari 27 mata menerusi tujuh kemenangan dan dua seri di halaman lawan.

3. Walaupun, rekod MU ketika beraksi di halaman lawan bertambah baik, namun MU gagal meneruskan rekod cemerlang beraksi di OT pada musim lepas apabila setakat ini, MU telah mengalami kerugian lima mata di OT setelah seri dengan NU dan kalah kepada Man City. Pada musim lepas, MU hanya melepaskan dua mata sahaja ketika beraksi di OT.

4. MU menerima khabar gembira apabila Jones diberikan lampu hijau untuk dibolehkan beraksi semula. Jones pada awalnya dijangkakan mengalami keretakan di bahagian pipi yang akan menyebabkan dirinya bakal tersisih sekurang2nya untuk enam minggu. Tetapi, pemeriksaan susulun mendapati Jones hanya mengalami kecederaan tisu muka dan boleh diturunkan pada perlawanan MU dengan Wigan Isnin ini.

5. Wigan dikatakan berminat untuk mendapatkan Macheda pada bulan Januari ini secara pinjaman hingga musim tamat. SAF mungkin akan memberikan kebenaran kepada Wigan untuk meminjam Macheda selepas Berbatov sudah pulih dari kecederaan.

6. SAF memberitahu bahawa dirinya gembira kerana dapat membuat kitaran penjaga gol utama MU kerana mempunyai DDG dan Lindegaard yang masing2 ternyata memiliki keupayaan yang baik. Rekod tidak bolos bagi kedua2 penjaga gol MU pada musim ini amat bagus di mana DDG memperoleh enam 'clean sheet' manakala Lindegaard memperoleh lima 'clean sheet'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan