Jumaat, 30 Disember 2011

Preview: MU vs Blackburn Rovers


Sebuah lagi kelab yang berada di zon penyingkiran iaitu Blackburn Rovers (BR) akan berkunjung ke OT dengan misi cuba membuat keputusan di luar jangkaan berdepan dengan MU. Namun, MU pastinya tidak ingin melepaskan lagi tiga mata berharga di gelanggang sendiri apabila setakat ini, MU telah kehilangan lima mata di OT selepas tewas di tangan Man City dan seri dengan NU.

MU menerima khabar menggembirakan apabila Jones dan Smalling dikatakan telah pulih dan cergas untuk diturunkan. Ini sekaligus memberikan SAF sedikit nafas lega dalam menentukan kesebelasan utama MU terutamanya di bahagian pertahanan. Oleh kerana Evans bakal tersisih selama dua minggu akibat kecederaan, SAF akan meletakkan gandingan Jones dan Smalling di pertahanan tengah. MU juga akan menerima kembali kehadiran Rafael dalam skuad selepas pulih dari kecederaan. Rafael dan Evra akan diletakkan di posisi rightback dan leftback bagi mengapit Jones dan Smalling.

Bahagian tengah akan menyaksikan kehadiran semula Carrick sebagai tunjang. Rasanya Carrick akan berpasangan dengan Rooney untuk mengerakkan bahagian tengah MU. Rooney pastinya akan menjadi perancang dan nadi serangan MU bagi memburu gol. Sepertimana Carrick, Valencia juga akan kembali ke posisi asalnya iaitu di sayap kanan manakala Nani akan mengisi slot di sayap kiri.

Selepas aksi cemerlang bertemu Wigan, Berbatov mungkin akan menjadi pilihan SAF untuk mengetuai serangan MU. Berbatov berkemungkinan akan bergandingan dengan Chicharito menjadi sandaran MU bagi mencatatkan kemenangan ke atas BR. Dengan Rooney beraksi sebagai 'playmaker', Berbatov dan Chicharito tidak berhadapan kesukaran untuk merobek pertahanan BR. 

Bagi pertemuan MU dengan BR, aku menjangkakan BR akan cuba memberikan tentangan yang hebat kepada MU dalam usaha melakukan 'damage limitation' memandangkan usaha memburu mata kelihatan agak sukar dilakukan di OT. MU dijangkakan mampu mencatatkan kemenangan besar buat kali ketiga berturut2 dengan menewaskan BR 6-0. Gol2 MU akan disumbangkan oleh Rooney, Berbatov, Nani dan Chicharito.

GGMU!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan