Isnin, 12 Disember 2011

MU 4 Wolves 1 (Pakndak)


4 gol jaringan kemenangan dgn wolves kalau nak dibandingkan dgn 3 kekecewaan pakndak selepas kalah dgn man city, crsytal palace dan basel sebenarnya masih belum dapat mengubati rasa kecewa tersebut.. masih terlalu awal untuk pakndak nak menilai kebangkitan mu selepas terus dimalukan dlm byk game sebelum nie.. tapi rasa bersyukur tue tetap ada tapi jauh lagi untuk nak memuji persembahan mu kebelakangan nie

kemenangan dgn wolves mlm nie umpama singa yg terluka bangkit membaham mangsa.. pakndak rasakan permainan mu cukup bertenaga.. persembahan yang cukup meyakinkan dan kerja keras dari setiap pemain nampak cukup ketara.. mungkin dah tersedar dari lamunan kot.. sebelum nie mimpi indah lupa dunia yg nyata..

kalau nak dikira man of the match pakndak rasa ramai yg boleh kita pilih.. 4 nama tersenarai dlm fikiran pakndak sebelum wisel akhir ditiup.. dan antara 4 nama tersebut carrick dan rio ferdinand lebih menonjol.. manakala rooney dan nani berada dalam radar sebab masing2 berjaya menyumbat 2 gol untuk game malam nie.. persembahan terburuk pakndak bagi pada smalling.. yang lain better dari takdak apa2 sumbangan langsung.. cuma macheda, fryers dan young sekadar mencukupkan masa dan untuk nak mengimbangkan stamina pihak lawan..

carrick paling berjaya memainkan peranan.. semangat dia cukup tinggi dan tekel2 bersih bila cuba mendapatkan bola dari kaki pihak lawan atau ketika terlepas bola.. idea2 bernas untuk mengawal kawasan tengah padang selain dibantu jones.. manakala rio berjaya mengawal benteng dengan baik.. cuma ranking rio jatuh skit selepas kita bolos jugak 1 gol.. cuma paling mengecewakan laporan rasmi tahap kecederaan vidic telah diumumkan.. vidic akan berehat panjang sehingga hujung musim nie dan tak berpeluang lagi utk kita nak tengok aksi vidic baki musim nie.. so evans dan jones sebagai backup yg kita ada..

SAF telah mengeluarkan kenyataan rasmi dia tak berniat utk menggantikan vidic dalam bulan perpindahan bulan januari nanti malah tak terpikir untuk mencari nama2 baru bagi menguatkan kembali semua posisi.. so kita kena tunggu bulan 6 nanti kalau nak tengok muka2 baru.. masa yang tak cukup dijadikan alasan SAF untuk mencari dalam masa terdekat nie..

rooney, nani, welbeck dan valencia bermain baik malam nie.. persembahan valencia jugak patut dipuji bila bola2 hantaran dan crossing dia yang menyebabkan kita berjaya menambah gol.. rooney yang kembali ke posisi striker utama diberi backup yg cukup dari welbeck selain dibantu nani yang bertindak sebagai wing kiri.. kedua2 wing kita menjadi malam nie dan sebenarnya itulah persembahan yang kita harapkan sebelum2 nie.. tak harus terus memuji sebab kita semua dah sedia maklum, persembahan nani ada turun naik.. kena main teruk, apa pun tak jadi... pakndak masih menunggu kebangkitan young semula.. ditambah masih bersabar menunggu cleverly dan anderson... fletcher patut mula risau keadaan diri dia kalau dia tetap tak cuba meningkat mutu permainan dia.. gibson, giggs dan park jugak perlu berubah untuk meyakinkan balik semua peminat

satu nama yg jarang pakndak sebut.. de gea.. belum ada pujian yg perlu pakndak letakkan.. masih belum boleh diangkat sebagai keper terbaik mu setakat nie.. setelah kita gagal dalam UCL dan carling cup, pakndak rasa de gea masih jauh ketinggalan berbanding otai keper kita van der sar.. masih banyak kurang dan masih belum meyakinkan untuk beraksi dalam big game.. tunggu dan lihat

so secara kesimpulannya rasa skit lega dengan kebangkitan mu malam nie tapi masih belum bersedia untuk pakndak nak memuji lebih2.. kita tunggu game2 utama dan pakndak akan menilai sekiranya mu berjaya melepasi dan memenangi dengan semua pasukan top 6 dalamm liga.. itu ja ubat segala duka dan seterusnya mempertahankan kejuaraan liga.. walaupun masih jauh dan masih sukar, tapi kita mengharapkan kebangkitan mu dan persembahan mcm game tadi akan diteruskan..

jangan lupa kita masih ada lagi 2 piala utk dikejar.. FA cup dan UEFA cup.. utk peringkat uefa kita menunggu hasil undian pasukan lawan kita.. kita tetap mengharapkan piala UEFA walaupun faham kekangan masa akan menekan pasukan mu yang terpaksa beraksi dalam jarak masa yg dekat.. dan last sekali harap2 takdak lagi pemain yg cedera macam vidic dan harap2 jugak pemain yg dalam senarai pemain cedera akan pulih kembali dan cepat2 masuk balik ke pasukan.. tidur lenaaa zzzzzz




source: Pakndak HKC

Tiada ulasan:

Catat Ulasan