Isnin, 5 Disember 2011

Latest team news: Manchester United


dengan pala tengah duk pening, taktau sebab pa, aku tadak mood nak posting ikut bahasa baku kali ni. cuma berasa nak sembang merapu2 merepek2 pasai MU. kena lak aku cuti banyak ari minggu lepas, pakai payah la aku nak update blog aku ni. bukan apa, bila kat umah tu, susah nak tumpu duk depan laptop nak taip panjang berjela2. maklumla, anak duk kacau dan aku pun lebih banyak abih masa kat depan tv heheh. abih kuat bila cuti ni aku banyak copy dan paste ja. tapi tadak la aku claim cerita tu aku punya, sebab tu aku boh source tu.

baru ni MU menang sejibik ja dengan aston villa. bagi aku kira ok la sebab menang kat away tu. dahtu aston villa ni pun susah jugak nak predict performance dia. sat meletup, sat merudum. MU punya line-up malam tu, nampak cam attacking skit, cuma bila chicharito kluaq sebab cedera, MU terpaksa ubah gameplay. dahtu effect abih sampai la tamat game. rooney yang patutnya jadi target man terpaksa turun ke tengah skit sebab tak dapat support dari midfield dan winger. young duk nampak masih cari rentak cam awai musim. dia men terlalu defensive masa lawan team lama dia. skali skala ja nek atas. nak harapkan si evra tu, payah skit la sebab evra lani prefer stay back dari duk nek atas slalu. maklumla, dah tua2 ni, kalu duk atas sedia, mokata opponent wat counter-attack, jenuh mau kampoi. 

kecewa jugak dengan nani sejak dua menjak ni. tapi takla karut sangat2. dalam game baru ni, nani cam taktau nak men kat role mana. kira taktau la apa fungsi yang dia patut main. si valencia lak, kira ok sebab duk nampak nak dapat balik form asai dia. lambat jugak la progres dia nak dapat balik prestasi cam musim lepas. rasanya kena bagi main selalu. aku memang suka si valencia ni main sebab dia ni pure winger, main direct ja, tadak cut inside ka, fancy footwork ka. lani masalah dia, valencia ni takleh nak repeat balik performance masa dia tengah top, masa duk assist banyak gol rooney. dapat balik form tu, nani jangan harap la nak cari makan.

yang baguih lani duk nampak carrick. dah balik at his best kot. men simple, passing ka, blocking ka, kira carrick ni efektif la wat gheja dia. bleh anggap la si carrick ni unsung hero la untuk MU. wat gheja senyap2 tapi berkesan untuk team. tapi sayang la, time dia duk tengak syok main, pair dia tadak hat baguih. anderson dan cleverly pakat2 cedera. fletcher bukan takleh partner dengan carrick, tapi fletcher ni pun function dia lebih kurang sama dengan carrick, kaco midfield. fletcher ni kurang skit dari segi kreativiti. jadi maknanya, fletcher ni tak bagi sumbangan sangat untuk attacking threat MU bila main banding anderson ataupun cleverly. even giggs nampak jugak peranan dia bila nak build-up movement MU. carrick ni bukan takat bleh handel bahagian tengah, tapi bleh jugak bukak game MU dari bawah. selain carrick, rasanya tadak orang len yang mampu wat camtu selepas bersaranya scholes. 

bahagian defend lak kena bagi kemas betoi2. overall nampak ok la masa lawan aston villa sebab mampu kekang dua striker depa hat laju, bent dan agbonlahor. cerita ja senang ja, katop supply, depa takleh watpa la. kalu nak ikutkan, defend MU ni dah mantap dah, tak kira la sapa men pun. cuma kena kurangkan mistake ja. main simple sudah. amik contoh vidic yang memang brani mati punya pi rodok tanduk bola, janji tak sampai kat striker lawan. fullback pun kena kuat jugak la. takmo la kena botoi dengan winger lawan. tapi takleh nak kata apa la, player hat duk main fullback MU lani especially rightback, bukannya pure fullback. semuanya hat celup, dari men central pi men tepi. jadi ada skit slack dari segi timing larian winger lawan. rasanya takat la, MU masih lagi tak dapat nak ganti neville yang memang superb main kat rightback. bila defend dah ok, letak la sapa pun, DDG ka, lindegaard ka, MU payah aiihh nak lepas gol.

bila mana rooney lingkup takleh nak skor, MU skali terasa kesan dia. tengok la result MU camna lani. boh sebijik menang dah. mau kata rooney meletup, menang sampai berbijik2. jadi mungkin ada betoinya, MU kena cari striker len untuk back-up rooney. tambah lak hat duk ada lani cedera takpun takleh harap. kesian jugak duk tengok rooney pulun sorang2. tapi dah alang2 beli striker, cari pi la midfielder sorang. rasa cam rugi plak MU tak beli sneijder. tapi taktau la kot2 MU ada target len untuk january transfer ni.

midweek game ni penting sangat2 kat MU. memang la target nak elak kalah ja, tapi nak mudah cerita, bagi menang teruih la. menang pun tak tentu lagi leh jadi juara kumpulan ka dak, sebab benfica ada peluang lagi cerah. lagu mana pun, MU mau dapat result elok lawan basel nanti. takmau dah slip up. jadi la kot minggu sebelum ni penuh episod luka. pi seri dengan benfica, dahtu sangkut lak dengan NU, alih2 tonggek dengan crystal palace. MU kena masuk top gear dah bila nak dekat krismas ni, kira enjin pun dah hangat dah ni.

kalah dengan crystal palace aritu bagi aku punca kat MU sendiri la. sapa suh gatai tak boh gol bila ada peluang. nak kata kena attack, mana da. amos tu duk saja ja sepanjang game. tapi si CP ni pandai guna peluang, so bila bleh skor gol, depa boh la gol. tu yang bleh menang tu. yang MU lak, banyak duk main2. tapi selain dari tak convert chances tu, player2 muda pun hampeh. macheda ka, MBD ka, semua tu karut dah. kalut pa tau cara main. masing2 pakat nak impress SAF. tapi depa takkan taktau yang SAF ni lebih suka tengok teamwork dari individual display. berbatov dan kembar da silva pun kira duk cedera ja. kaco abih taktikal team. bila dah kaco, serabut plak la nak ubah gameplay yang sebelum tu duk train berhari2.

apapun, takat ni la aku merapu. pala duk pening lagi ni. chiaaoooowww.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan