Khamis, 8 Disember 2011

Review: MU vs FC Basel


Keputusan perlawanan:

Manchester United 1
Phil Jones 89'

FC Basel 2
Marco Streller 9'
Alexander Frei 84'


Ulasan perlawanan:

MU mengulangi persembahan buruk enam tahun lalu apabila gagal menempatkan diri di kalangan 16 pasukan yang layak ke peringkat kalah mati apabila tewas 1-2 di tangan FC Basel (FCB) awal pagi tadi. jika pada tahun 2005, MU berada di tempat terakhir kumpulan, musim ini pula MU sekadar berada di tempat ketiga, di belakang benfica dan FCB seterusnya bakal meneruskan saingan peringkat eropah dalam kejohanan europa league (EL).

MU semestinya menyalahkan diri sendiri atas kegagalan yang dialami kerana dalam perlawanan FCB di switzerland, MU banyak menguasai bola dan kerap melakukan serangan. namun kegopohan dan ketidaktajaman bahagian serangan MU untuk membuat jaringan telah mengakibatkan MU berputih mata. situasi MU bertambah parah apabila kapten pasukan, vidic terpaksa diusung keluar kerana dijangkakan mengalami kecederaan teruk di bahagian lutut. ini merupakan satu berita yang amat tidak menggembirakan buat MU terutamanya selepas kehilangan sekurang2nya lapan pemain yang terpaksa berehat atas alasan kecederaan.

kegagalan MU untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya berpunca sejak bermulanya saingan kumpulan lagi. keputusan seri yang dicatatkan ketika bertemu benfica dan basel tatkala mendahului pasukan lawan ketika perlawanan berlangsung merupakan satu kerugian buat MU. akibatnya, MU terpaksa bekerja keras sehingga perlawanan terakhir kumpulan dengan harapan melayakkan diri tetapi tidak berupaya berbuat demikian. MU seharusnya boleh terus menarik nafas lega sejak dari penentuan kumpulan lagi memandangkan MU tidak diundi dengan pasukan yang boleh dikatakan tidak terlalu kuat berbanding kelab2 gergasi eropah yang lain. namun begitu, MU gagal menyinar dan memberikan persembahan yang sepatutnya.

kelemahan MU di bahagian pertahanan sekali lagi ditonjolkan terutamanya ketika ketiadaan vidic. pertahanan MU kelihatan rapuh dan mudah dibolosi serta kerap melakukan kesilapan. sepertimana yang diakui oleh pengulas, tindakan bahagian pertahanan MU membuat hantaran ke belakang untuk penjaga gol boleh mengundang padah kerana situasi tersebut memerlukan penjaga gol benar2 dalam keadaan tenang. setakat ini, DDG tampak kelam kabut dalam membuat sepakan dan tahap komunikasinya dengan pemain pertahanan juga dilihat kadang kala kurang efektif. namun, kesalahan tidak perlu diletakkan 100% ke atas DDG kerana jika tidak kecekapannya menyelamatkan percubaan pasukan lawan, MU pasti tewas dengan jurang yang lebih besar.

selain itu, lambat atau gagal mengembalikan prestasi asal menjadi masalah besar kepada sebahagian pemain2 MU. kita dapat lihat corak permainan yang ditunjukkan oleh young, smalling, fletcher, welbeck dan valencia. jika sebelum mengalami kecederaan, mereka benar2 berbisa tetapi sebaik sahaja pulih dari kecederaan, mereka mengambil masa yang mungkin terlalu lama untuk memberikan aksi yang mantap. kelewatan ini seterusnya memberikan kesan kepada corak permainan MU dan menyebabkan SAF terpaksa bergantung kepada pemain2 senior seperti JSP dan giggs. 

ketumpulan bahagian serangan juga perlu diberikan perhatian oleh SAF. kecemerlangan MU musim lepas adalah disebabkan kemampuan gandingan rooney dan chicharito untuk menjaringkan gol. di samping mereka berdua, gol2 MU turut disumbangkan oleh owen dan berbatov. tetapi untuk musim ini, MU menghadapi masalah untuk memperoleh gol selepas dibelasah oleh man city. MU seolah2 hilang sengat dan kini menjadi lebih teruk apabila chicharito, berbatov dan owen terpaksa diketepikan akibat kecederaan. dengan mengharapkan rooney sahaja belum cukup buat MU untuk menggempur kubu pihak lawan. rooney memerlukan pasangan yang lebih klinikal jika MU ingin melihat jumlah jaringan yang besar dari satu gol.

walaupun SAF mengatakan MU berkemungkinan besar tidak akan membuat sebarang pembelian pemain pada bulan januari nanti, tetapi aku merasakan MU perlu berbuat sesuatu untuk menampung ketiadaan beberapa pemain yang mengalami kecederaan. MU tidak semestinya perlu membeli pemain, cukuplah sekadar meminjam pemain yang dirasakan sesuai dari mana2 kelab. MU sekurang2nya memerlukan tiga pemain, masing2 untuk bahagian pertahanan, tengah dan serangan. jika MU mampu mendapatkan ketiga2 pemain tersebut, MU mampu untuk mencabar kejuaraan BPL musim ini selain dapat memberikan persembahan yang lebih baik di EL berbanding di UCL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan