Jumaat, 6 Januari 2012

Review: MU vs Newcastle United


Keputusan perlawanan:

Manchester United 0

Newcastle United 3
Demba Ba 33'
Yohan Cabaye 47'
Phil Jones 90' (o.g.)


Ulasan perlawanan:

MU mengalami kekalahan kedua secara berturut2 apabila tewas kepada Newcastle United (NU) yang telah menunjukkan persembahan menkajubkan di Sports Direct Arena. Kekalahan tersebut merupakan episod duka yang seharusnya dielakkan pada permulaan tahun 2012 selepas mengecapi kekecewaan pada penghujung tahun 2011. Di samping itu, buat kali pertamanya musim ini, MU gagal menjaringkan sebarang gol dalam perlawanan BPL.
Walaupun menurunkan kesebelasan yang agak mantap berdasarkan pemain2 yang disenaraikan, MU gagal menunjukkan corak permainan yang bagus sekaligus tidak memberikan ancaman langsung terhadap gawang gol NU. Kelemahan MU tersebut diekploitasikan dengan baik oleh NU dan membolehkan NU mendapatkan tiga gol membolosi gawang gol MU yang dikawal oleh Lindegaard. Mungkin sebahagian besar peminat MU berasa kecewa (termasuk aku) kerana gol2 yang dilepaskan boleh dikatakan gol mudah. NU tidak perlu bersusah payah untuk menghasilkan gol memandangkan tiada kawalan kemas daripada pemain2 MU.

Rooney yang diharapkan mampu untuk memberikan kelebihan buat MU tidak berkesan langsung sepanjang beraksi dalam perlawanan. Berbatov juga menghampakan di bahagian serangan. Adalah wajar keputusan SAF untuk mengeluarkan mereka berdua dan digantikan dengan Chicharito dan Welbeck yang sekurang2nya dapat mengucar-kacirkan pertahanan NU, walaupun tidaklah sebanyak mana.

Kehadiran semula Ferdinand turut tidak memberikan kesan kepada MU. Pada aku, barisan pertahanan MU kelihatan agak rapuh apabila gagal untuk menyaingi pemain2 NU apabila berada dalam situasi bola tinggi. Boleh dikatakan pemain NU sahaja yang dapat menanduk atau menampan bola tinggi. Ini sekaligus memberikan ruang dan masa kepada NU untuk merencana pergerakan yang gagal dikekang oleh pertahanan MU.

MU dilihat tidak berkesan di semua bahagian. Tiada pemain MU yang benar2 beraksi dengan baik. Bahagian serangan langsung tidak mencabar gawang gol NU, bahagian tengah pula gagal mengimbangi dan menguasai kawasan tengah padang dan di bahagian pertahanan pula menunjukkan aksi yang cukup kelam kabut dan kurang komunikasi antara satu sama lain.

NU seharusnya diberikan pujian kerana benar2 memberikan persembahan yang baik. Walaupun tidak melancarkan serangan bertubi2 ke arah pintu gol MU, namun NU bijak memanfaatkan peluang yang terhidang untuk menjaringkan gol. Selain itu, benteng pertahanan NU tampak kembali mantap apabila berjaya mengekang penyerang2 MU.

Banyak yang perlu diperbaiki oleh MU sekiranya ingin menjuarai BPL musim ini. Mungkin selepas mengalami kekalahan kedua secara berturut2 ini dapat memberikan sebab kepada SAF untuk mendapatkan pemain baru terutamanya di bahagian tengah dan pertahanan. Ketika bertemu NU, MU dilihat tidak mempunyai idea untuk merobek pertahanan NU.

Jadi, MU harus bangkit bagi menghadapi perlawanan seterusnya. Perlawanan menentang seterus setempat iaitu Man City dalam saingan piala FA perlu menghasilkan kemenangan buat MU bagi memberikan semula keyakinan dan semangat para pemain MU tatkala menghadapi waktu2 yang mencabar ini.


Pemain terbaik perlawanan:

Demba Ba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan