Selasa, 10 Januari 2012

Penerimaan anugerah oleh geng MU


Awal pagi tadi telah berlangsung majlis penganugerahan bagi meraikan pemain dan pasukan bola sepak peringkat eropah dan dunia. Sepertimana yang diketahui, Leo Messi yang merupakan calon pilihan telah diberikan anugerah terhebat Ballon D'Or. Messi telah menewaskan CR dan Xavi bagi merebut anugerah yang berprestij itu. 



MU juga tidak terlepas untuk menerima penganugerahan. SAF telah diraikan sempena 50 tahun terlibat dalam arena bola sepak sama ada sebagai pemain dan pengurus. Rooney dan Vidic pula terpilih dalam kesebelasan terbaik 2011 Fifa/FifPro World XI. Rooney turut memperoleh tempat kedua dalam saingan gol tercantik selepas Neymar menjadi pemenang menerusi gol solonya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan